| Follow || Dashboard |
//Pelangi Hati
Buat mu si mawar berduri
Sunday, September 30, 2012 • 12:22 AM • 0 comments


sayangku...
engkau adalah perhiasan dunia yang telah diciptakan dimuka bumi ALLAH..
maka dengarlah nasihat ini buat dirimu dan juga diriku yang masih menuntut menjadi sekuntum mawar berduri.. 

Aku tahu kita semua dilahirkan dengan 9 nafsu yang sukar dikawal.. tapi hanya 1 yang dapat mengawalnya, iaitu, IMAN.. tingkatkan iman kita, kuatkan akidah kita.. jadilah seorang wanita yang cantik dengan akhlaknya, dan indah dengan ilmunya.. kita tak mampu jadi seperti Khadijah yang sanggup berkorban demi Rasulullah, dan juga Aisyah yang bijak dengan ilmunya, tapi kita masih mampu jadi yang terbaik di sisi ALLAH walaupun bukan di mata manusia.. 

Aku tahu, kita semua impikan jodoh yang soleh yang dapat membimbing kita meniti jalanNya..ingatlah wahai sayangku sekalian, " wanita yang keji untuk laki- laki yang keji, laki- laki yang keji untuk wanita yang keji, dan wanita yang baik utk laki- laki yang baik, dan laki- laki yang baik untuk wanita yang baik.... (ANNUR: 26) maka, persiapkanlah dirimu buat si dia, yang akan hadir pada waktu yang telah ditetapkan oleh ALLAH..

perlihara auratmu dengan sempurna, labuhkan tudungmu melepasi dadamu, jauhkan pakaian yang ketat, jauhkan pakaian yang jarang, jauhkan pergelangan tgn kita dari terdedah pada yang bukan muhrim, elakkan kaki kita menjadi penghalang utk kita kesyurga kerana kaki masih sebahagian dari aurat wanita, maka berstokinlah, tak susah, tak sukar, tapi mudah... berusahalah perlihara aurat kita, walaupun sukar, walaupun payah, tapi ingatlah ALLAH ada untuk memelihara kita..insyaALLAH, ALLAH bantu.. andai ada niat utk menutup aurat, jgn pertikaikan 'kita tak mampu' kerana ALLAH tak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia yang mahu mengubah nasibnya sendiri.. 

jagalah pergaulan... biar kita di cop SOMBONG oleh mereka- mereka yang bernama lelaki.. asalkan iman kita terjaga..jangan hanyut pada cinta dunia yang dijanjikan oleh lelaki yang manis mulutnya..andai lelaki itu lelaki yang baik, berani, dan beriman, dia tak akan sesekali menyentuh hati kamu sebelum memiliki kamu.. aku tahu, kadang- kadang kita sunyi, tapi ingatlah ALLAH ada, ALLAH dah sediakan yang terbaik buat kita..maka bersabarlah wahai hati- hati muslimahku sekalian.. 

eratkan persahabatan.. jangan wujudkan jurang antara sahabat.. bagi yang memiliki sahabat yang solehah, perliharalah dia, bagi yang memiliki sahabat yang biasa- biasa, jadikanlah dirimu solehah buatnya, agar dia akan terbimbing.. tundukkan ego untuk memberi maaf dan meminta maaf, walaupun akan dikeji, dihina, tapi mulianya dia disisi ALLAH bg mereka yang sanggup memaafkan.. 

tuntutlah ilmu yang berguna, dan sampaikanlah ilmu itu.. itulah kunci bagi wanita impikan kebahagiaan didunia dan diakhirat... kerana, dengan ilmu kita mampu beribadah,kerana dgn ilmu kita mampu dekat denganNya, kerana dengan ilmu juga kita mampu menjadi mujahidah utk islam.. 

berdoalah..merintihlah padaNya... ALLAH itu maha mendengar.. jadikan ALLAH tempat pertama kita mengadu nasib, kerana Dialah yang memberi kita ujian, Dia jugalah jalan penyelesaiannya..ingatlah, ALLAH ada disisi kita.. 

aku belum lagi menjadi mawar berduri, tapi itu impian aku.. dan aku tak mahu aku seorang je yang jadi yang terindah, tapi aku inginkan kita semua menjadi yang terindah disisi Allah.. berusahalah demi menjadi mawar berduri.. dan ingatlah "Inna wa'adallahi haq" sesungguhnya janji ALLAH itu benar, ALLAH dah sediakan yang terbaik buat kita.. insyaALLAH kita semua berjaya menjadi mawar berduri.. 




0 comment(s)


Disclaimer



Hidup ini tidak akan pernah sunyi andai kita tersenyum melihat tujuh warna pelangi menerangi dada awan di langit tuhan ^^


Diary and Story
Let's know about owner
Let's exchange link


Taggie Board


Credits

Editor :
Mimi Mimot