| Follow || Dashboard |
//Pelangi Hati
Masanya berbahagia dengan pelangi hati..
Friday, September 21, 2012 • 2:27 AM • 0 comments

Masanya untuk buka buku baru, buka cerita baru, buka blog baru... lama dah rasanya tak menulis mcm dulu, btw, Alhamdulillah sbb ALLAH beri kesempatan utk aku menulis mcm dulu.. teringin rasa hati nak jadi mcm Fatimah Syarha yang indah dgn kata- kata, tak pun Hilal Asyraf yang indah dengan puisi- puisi berguna.. tapi biarlah aku menjadi Fathin Hassan yang hanya mampu berbicara di Pelangi Hati yang diedit khas oleh sahabat tercinta Mimi Suriyati.. moga ALLAH merahmati awak :)

Blog Kuah Kacang yang dulu, dah lame meninggalkan kisahnya, sbb sekarang beliau pilih untuk bina satu kehidupan baru.. ini kisah dia...

Blog Kuah Kacang.. pernah bace tak? kalau tak pernah, aku tak pelik, sbb aku bukan la antare blogger- blogger yang famous dulu.. tp bile dikenang balik dgn blog lame, teringat pulak entry- entry yang pernah ditulis atas dasar emosi, luahan perasaan, tanpa dikawal dgn fikiran yang matang.. tapi mungkin ini masanya utk berubah..

Berubah? semua cakap nak berubah.. perubahan apa? ni la yang aku nak citer.. dulu aku pernah jadi mcm mereka- mereka, yang jadikan 'couple' 1 jalan utk bahagia.. dan bolehlaaaa.. bahgiala jugak.. nama dia? tak perlu tahu lah.. tapi cinta atas dasar nafsu ataupun cinta yang kononnya kerana agama tak akan kekal kebahagiaannya.. awal tahun 2012 ni lah aku pun mulakan hidup sebagai seorang yang 'solo'.. time tu, aku didesak oleh ayah utk sambung tingkatan 6 dalam bidang agama.. aku pun dalam keadaan rela dan terpaksa, aku ikutkan kehendak ayah.. ayah pulak sempat mohonkan asrama untuk aku yang tak pernah tahu kehidupan asrama tu mcm mane.. dan aku dalam keadaan yang frust putus cinta ditinggalkan insan yang kononnya menjanjikan kasih sayang,dan aku ditinggalkan kat asrama dengan aku tak kenal sorang pun manusia kat situ.. betapa aku rasa terseksa kat situ, tak de sape kisah pasal hati aku yang sakit tu.. biaselah duduk asrama, tiap waktu solat, kami akan solat berjemaah.. time sujud terakhir, itulah waktu yang aku rasa seolah- olah dekat dengan cinta abadi aku.. baru aku sedar, hanya Dia yang ada tiap kita senang tiap kita susah.. pernah tak kita fikir semua tu bila kita bahagia dgn nikmat Dia? mungkin itu masanya ALLAH ketuk hati aku untuk berubah..

Berubah? masa tu lah aku belajar pakai stokin.. sebab? sebab tiap kali aku balik asrama, mak aku selalu pesan pakai stokin bila keluar rumah.. tapi STOKIN je yang mama pesan.. so, aku ikut, mungkin itu yang terbaik, mungkin kawan- kawan tgk aku mcm dah terbalik.. tapi tak pe lah, asalkan aku tahu yang terbaik..

seterusnya... aku belajar pakai armsocks/ handsocks.. sebab? sebab semua budak- budak perempuan kat form 6 tu berhandsocks.. sedangkan, baju dah bercekak.. kire okey la tu.. okey? actually NO! sebab? sebab boleh tak korang nampak, baju korang yang bercekak tu ada lobang kan, so, still boleh nampak pergelangan tangan muslimah- muslimah ni.. sebelum tu dulu, pergelangan tangan tu AURAT.. kenapa? okey, cube korang solat pakai lengan pendek.. agak-2 rasa sah tak..? ikut mazhab syafi'e la, jgn fikir mazhab lain dulu.. okey, dah jumpa jawapan kan? okey, balik pade cerita.. sebab lain pulak, kadang- kadang lengan bercekak ni akan kebawah kan..?so, sebagai langkah berjaga- jaga utk memelihara aurat, pilihlah handsocks yang korang suka.. murah, mcm-2 jenis kain ada, mcm-2 corak ada.. dan aku... dah terbiasa dgn semua tu, dan aku mulalah terasa ikhlas dengan semua tu.. ALHAMDULILLAH..

tapi.... aku terfikir.. masih sempurnakah aku menutup aurat? aku yang ketika itu, berjaya berstokin, berjaya berhandsocks, berjaya dgn baju labuh dan longgar, dan hanya mengenakan dengan tudung bawal di pin tengah.. aku terfikir, pakai jarang- jarang, walaupun labuh, longgar, tetap menampakkan aurat..kan? tudung bawal aku time tu jarang, aku tak reti pakai inner tudung time tu.. time tu aku dah pindah ke rumah sewa.. aku dapat housemate yang sempoi, yang lebih alim.. time aku nak lipat kain, nampak inner tudung dia.. aku tak tahu nak gambarkan yang aku teruja giler dapat tgk inner tudung tu.. dan aku balik rumah aku, carik selendang putih yang dulu- dulu mase kejahilan aku dulu tu, aku potong dua tudung tu, dan aku jahit tengah, dan bentuk tudung tu jadi tudung bulat yang kecik.. so, bila teruja dgn usaha sendiri, aku rajin pakai benda tu.. ALHAMDULILLAH, aku terbiasa dgn semua tu.. tapi! aku masih belum berjaya.. TUDUNG LABUH.. kadang- kadang aku terasa mustahil utk sampai ketahap tu.. dan mulalah cerita yang lain.....

aku digoda dgn cinta dunia lagi.. dia under form 6 mcm aku, bidang dia tak perlu utk diketahui..so, kami 1 sekolah.. bak kata aku tadi cinta yang kononya atas dasar agama tak kemane... aku nak sampaikan kat sini, lelaki yang sayangkan kita tak akan ayat kita, pujuk kita utk satu hubungan yang tak pasti.. pegang kata- kata aku, insyaALLAH kamu, kamu, kamu, tak akan hanyut dgn cinta dunia mcm aku.. dan inilah kali pertama dalam seumur hidup aku, aku ditipu dengan seorang lelaki yang aku sayang.. penipuan yang bagi aku, kejam, kejam dan teramat kejam.. dan sampai sekarang aku tak mampu nak terima bahawasanya aku telah DITIPU! tapi tak pelah, aku maafkan dia.. aku cuba redha.. kerana? kerana ada kisahnya setelah aku gagal lagi dengan cinta dunia..

hati aku diusik lagi dengan ALLAH yang maha pencinta :) hati aku yang kecewa, aku yang hanya mampu menangis peluk bantal sorang-2 dalam bilik, hanya SATU yang boleh menenangkan aku.. lalu aku wudhuk, aku solat sunat 2 rakaat, aku doa pada sujud terakhir.. aku cerita satu per satu pasal dia yang pernah aku cinta.. aku luahkan satu per satu apa aku rasa.. aku rasa seolah- olah ALLAH tu dekat dengan aku, dengar cerita aku, dan padaNya aku menangis sepuas hati aku.. Alhamdulillah, ALLAH temukan aku dengan ketenangan yang tak dapat aku gambarkan mcm mane rasanya.. biarpun tanpa insan yang bernama lelaki yang akan menemani setiap masa- masa aku..kerana cukuplah ALLAH bagiku... dan hatiku diusik lagi...

aku pegang tudung labuh yang sekian lame aku teringin nak pakai.. dan aku dapat semangat dari seorang muslimah yang aku gelar KAKAK.. katanya, "kalau dah niat dah ada,hasilnya hanya akan ada kalau diikuti dengan usaha..kalau niat semata,memang tak ke mana..lagi perit usaha,lagi bermakna penghujungnya..
tak payah cuak atau takut apa-apa..Allah ada" 
  
kata- kata dia simple, tapi cukup buat aku terasa.. esoknya, aku mampu bertudung labuh.. aku mulakan dengan tudung bawal bidang 60..yeah, memang jarang, nak buat mcm mane? pegi butik yang jual tudung, beli tudung syria yang pelbagai warna, pakailah sebagai inner, luar, pakailah tudung bawal besar tu.. dan ALHAMDULILLAH sekarang aku berjaya pakai tudung labuh, yang jahit tengah tu.. pengalaman pertama, orang kata, "nak pergi sekolah ke?" HAHA.. takpelah, moga ALLAH buka matanya... 

dan ALHAMDULILLAH aku dah terbiasa...

itulah cerita aku, yang mampu aku kongsi, sebagai pembuka cerita di PELANGI HATI... dan sejuta ucapan TERIMA KASIH aku tujukan buat si dia yang pernah melukakan hati ini, sehingga terbuka pintu hati ini utk berubah.. jazakallahu khair kathir..! ku doakan kau didekatkan jodoh, dan doakanlah aku dipertemukan dgn pemilik tulang rusuk ku yang sebenar, agar mudah untuk aku dibimbing lagi... :)





0 comment(s)


Disclaimer



Hidup ini tidak akan pernah sunyi andai kita tersenyum melihat tujuh warna pelangi menerangi dada awan di langit tuhan ^^


Diary and Story
Let's know about owner
Let's exchange link


Taggie Board


Credits

Editor : Mimi Mimot