| Follow || Dashboard |
//Pelangi Hati
Tangan ?
Friday, November 16, 2012 • 12:34 AM • 0 comments




Lame rasenya tak menaip meluahkan rasa yang acapkali muncul di benak fikiran.. first time digelar pekerja, busy la kononnya.... hehe.. hari ni, aku tak kira, aku nak curi jugak masa kerja aku yang ada.. yang penting, semua kerja dah settle ok.. semata- mata nak cerita pasal TANGAN..

pernah dengar tak pepatah, "tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.." sejak azali lagi, aku tak pernah menafikan statement tu.. tapi the main of the problem kat sini, aku tak pernah aplikasikan statement tu dalam hidup aku.. ohhh.. kesian kau Fathin Hassan.. 

dulu aku rasa bila ada duit 'banyak- banyak' baru boleh sedekah.. yeah, betul, senyum pun sedekah jugak.. tp aku nak cerita pasal pengorbanan dalam bersedekah.. maksudnya? maksudnya, kita bagi apa segala benda yang kita sayang kat orang lain.. orang islam DIUTAMAKAN.. so, dulu aku paling kedekut nak bersedekah.. alasannya aku tak de duit nanti.. sekali lagi, kesian kau Fathin Hassan.. 

ok, sekarang aku nak cerita satu kisah benar yang berlaku dalam hidup aku.. dan kisah tu bagi aku satu impak yang sangat besar, yang selalu buat aku terfikir, dan menangis.. ok, dengar ya.. satu hari aku keluar dengan kawan baik aku nak beli barang.. dan haritulah hari pertama aku pakai tudung labuh kat luar.. satu langkah besar dalam hidup aku.. tapi itulah yang terbaik.. dan satu langkah kaki aku melangkah keluar dari pintu rumah sewa, hati aku tak henti- henti cakap, "mungkin ada dugaan besar yang kau akan hadapi.."
sampai kat pekan Banting, kami berdua pergi makan singgah makan KFC.. kesian kawan baik aku time tu mengidam nak makan KFC, so, kami singgah makan dulu.. habis makan kami cadang nak terus beli barang.. so, dalam perjalanan ke supermarket ni, ade sorang pakcik berkopiah, kat tangannya ada tabung.. bila aku pandang dia, aku senyum kat dia.. so, dia datang dekat dengan aku, katanya, "dik... derma ikhlas untuk madrasah .....  " aku pun seluk beg, aku tengok ada RM5 sekeping.. aku cari duit lain, tapi TAK DE..! ahh.. parah.. so, aku cakap kat pakcik tu, "tak pelah pakcik, terima kasih.." so, pakcik tu pun pergi, dan aku pun pergi.. sejak pakcik tu pergi, kaki aku melangkah bersama hati aku yang tak tenteram.. bila balik, aku dapat naik bas yang keadaan bas masa tu terlampau ramai.. tiba- tiba masuk sorang perempuan tua, dia tak dapat seat.. tak de sorang nak bagi dia duduk.. faham- fahamlah kalau naik bas kalau kena berdiri tu macam mane keadaannya, tak statik kan? ni lah yang dinamakan inertia dalam sains.. hehe.. so, aku bangun, aku bagi makcik tu duduk.. 

bila sampai kat rumah sewa, aku still terfikir pakcik yang minta sedekah tadi tu...sedangkan aku dah tolong makcik yang kat dalam bas tadi.. tapi aku tetap rasa macam ni.. tiba- tiba hati rasa sebak, tapi cepat- cepat aku fikir, "ala, dah tak de duit, nak buat mcm mane? nanti aku nak makan apa?" 

selang beberapa minggu pihak sekolah hantar form 6 join program S.P.I.E.S kat Hotel Quality, Shah Alam.. satu input yang betul- betul bagi kesan kat aku... kata dia, "kita kena yakin dengan rezeki ALLAH.. bila ada sorang yang minta sedekah dekat kita, cuba fikir, kenapa ALLAH detikkan kat hati org tu untuk datang kat kita.. kenapa? sebab ALLAH nak bagi kita pahala... tapi apa kita buat? kita sombong kan? tolak pahala yang ALLAH nak bagi.." pap! tamparan kuat buat aku.. padan muka! aku tunduk kebawah, menahan sebak hati aku, menahan air mata aku.. aku teringat kat pakcik tu lagi.. btw, banyak dalam program tu sentuh pasal sedekah.. katanya lagi, "belanja kawan pun kira sedekah.. kalau boleh, belanja kawan hari- hari...

Alhamdulillah, sekarang aku mampu bersedekah walaupun aku tahu, bila aku keluarkan duit, duit dalam poket aku makin kurang.. tapi aku percaya, ALLAH akan bagi lagi berlipat ganda dari yang aku ada.. aku yakin.. korang nak dengar cerita pasal testimoni sedekah? ok, ni pun kisah benar.. dari hidup aku...

sejak dari kisah tu, aku selalu belanja kawan aku, walaupun seposen.. kadang- kadang, bila kawan pinjam duit, dia macam berat nak bayar, so, aku halalkan.. bila dia nak beli barang tak cukup duit, aku cuba bagi dan halalkan.. kadang- kadang ada rezeki lebih, belanja lebih- lebih sikit.. kat sini bukan nak riak, tapi aku nak korang yang baca entry ni, amek pengajaran dari kisah aku.. pernah satu hari, aku banyak belanja orang sampai duit aku habis.. aku duduk rumah sewa, so, memang perlukan duit.. tapi time tu duit aku tinggal RM 0.00.. tapi ntah kenapa, aku tak teringat langsung yang aku dah tak de duit... beza dengan dulu, dulu bila tak de duit, tak benti kepala otak memikir, mane nak cari duit? tapi time tu, parents housemate aku dtg rumah sewa, masa dia nak balik, dia sempat jumpa aku bagi RM 10.00, katanya "makcik saje nak sedekah.." Alhamdulillah, rezeki dtg dari jalan yang aku tak sangka- sangka.. siapa yang detikkan kat hati mak kawan aku tu utk bagi RM10 kat aku? see, ALLAH akan balas setiap apa yang kita buat...

jangan jadi macam aku, dah terhantuk, baru nak terngadah.. baru sekarang aku nak menyesal.. sampai sekarang aku tak lupa kat pak cik tu,kalau boleh, aku nak jumpa dengan pakcik tu balik.. kalaulah pakcik tu baca entry ni, tolonglah cari saya kat facebook saya "Fathin Hassan".. aku betul- betul tak boleh lupa kat pakcik ni.. tapi aku tak taw mane nak cari pakcik ni.. sekali lagi, aku harap korang yang baca ni, ingat, antara amalan yang kita bawa ketika mati adalah sedekah.. jangan pernah sesekali kedekut dengan harta yang cuma pinjaman buat kita.. kita tak layak utk kedekut.. langsung tak layak.. apa kita ada untuk kedekut? duit melimpah ruah? semua tu milik kita ke? ataupun milik ALLAH? fikirlah sahabat... 

sama- sama kita nilai diri kita.. termasuk aku yang selalu leka.. 


0 comment(s)


Disclaimer



Hidup ini tidak akan pernah sunyi andai kita tersenyum melihat tujuh warna pelangi menerangi dada awan di langit tuhan ^^


Diary and Story
Let's know about owner
Let's exchange link


Taggie Board


Credits

Editor :
Mimi Mimot