| Follow || Dashboard |
//Pelangi Hati
Kiriman Salam Buat Al Azhar
Monday, February 18, 2013 • 9:04 PM • 0 comments

kadang- kadang bila menulis dalam perasaan yang bergelora, semakin byk perkataan- perkataan keluar dilemparkan pada segenap ruangan page.. jujur, inilah kali pertama aku ingin meluahkan segenap isi hati, yang aku pendam sekian lama, dan aku hiraukan sekian lama... aku tidak sekali menyalahkan takdir.. tidak juga salahkan siapa- siapa.. bukan juga menyalahkan diri sendiri.. aku juga yakin Allah aturkan yang terbaik buat diri aku yang masih terkapai- kapai mencari jalan kembali.. aku mengeluh bukan mengeluh pada takdir.. tapi aku mengeluh kerana puas memendam.. tiap kali aku fikirkan tiap kali tu tekak terasa pahit, hati seolah digengam kuat, sakitkan semakin tak tertahan... kerap juga aku pujuk hati, "bukan rezeki.." .. kerap juga aku pujuk hati, "peluang masih banyak.." kerap juga aku pujuk hati , "sudahlah fikirkan tu.."

tapi hakikat, aku masih tak dapat menipu diri... kerap kali, kata- kata sahabat di Mesir berulang- berulang terbayang difikiran.. "aku tunggu kau datang sini... aku janji aku tunggu kau kat sini.." air mata tak mampu ditahan dgn kata- katanya.. kau yakin aku mampu ke sana, tapi aku sendiri tak yakin aku mampu berjumpa dgn kau disana... kau tak berhenti memberi semangat, aku mampu kesana.. jauh dari sudut hati, mmg hati aku disana, tapi sahabat- sahabat lain juga mempunyai impian yang sama.. mereka jauh dari mampu...

buat sahabat yang jauh di bumi anbia... aku tak dpt tunaikan janji kesana, bertemu denganmu disana, menuntut ilmu Allah bersama.. bukan tak sudi.. bahkan jauh disudut hati di Al- Azhar sana... tapi mampukah aku untuk jejak ke sana..sahabat- sahabat lain jauh hebat.. mereka jauh lebih layak kesana.. mereka berjuang bermati- matian utk jejak ke sana.. aku juga berjuang, mungkin perjuangan aku tak cukup utk aku kesana.. apa yang mampu aku lakukan, aku tunggu kau pulang dengan Ijazah Sarjana Muda Syariah, Al Azhar... pulanglah nanti menjadi daie yang akan menegakkan agama Allah di Malaysia, negara yang kita cinta... doakan aku juga berjaya di Malaysia, yang tak mampu untuk jejak kaki kesana...

aku perlu redha... terima tiap suratan takdir... jangan risau, aku tidak menyalahkan takdir Allah, dan aku masih yakin, Allah sedang menyayangi aku.... wahai sahabat, tuntutlah ilmu keserata dunia dan pulanglah suatu hari nanti dengan kejayaan kerana Allah.. semoga kalian berjaya..


Duhai Bumi Allah, biarlah sahabatku yang kesana mengutuskan salam rindu pada sungai Nil, pada Ilmu- ilmuNya... 


0 comment(s)


Disclaimer



Hidup ini tidak akan pernah sunyi andai kita tersenyum melihat tujuh warna pelangi menerangi dada awan di langit tuhan ^^


Diary and Story
Let's know about owner
Let's exchange link


Taggie Board


Credits

Editor :
Mimi Mimot