| Follow || Dashboard |
//Pelangi Hati
Si Pemegang Pedang
Monday, February 18, 2013 • 8:27 PM • 0 comments

lama dah tak menyinggah blog sendiri.. rindu pula nak menaip.. seolah- olah otak aku pun turut beku dengan suhu yang kian menurun, hakikatnya aku masih di Malaysia yang tak mungkin menjadi beku..hehe.. akan ku kerah demi membangkitkan semangat jihad ini... aku bukan dari golongan yang bijak pandai, tapi aku rasa bertanggungjawab menyebarkan pengetahuan yang ada.. walau pun sedikit, harap berguna..

PEDANG.. kebiasaanya pedang akan dikaitkan dengan perang... perang selalu dikaitkan dengan jihad... kesimpulannya, kita akan berbicara soal jihad..

"dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan sebenar- benar jihad. Dialah (ALLAH) yang telah memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan kesusahan dalam perkara agama" (Al- Hajj : 78 )

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : seseorang bertanya kepada Rasulullah.. "amalan apakah yang lebih utama?" baginda menjawab, "Beriman kepada Allah dan kepada Rasulnya.." kemudian baginda ditanya lagi, "Selepas itu, apa lagi?" berjihad di jalan yang diredhai Allah.."

ramai dalam golongan kita yang masih tak faham erti jihad.. jihad boleh didefinasikan dengan "berjuang dan berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat yang disasarkan dalam menegakkan agama Allah" jadi, tak semestinya bila berjihad harus berperang.. tak semestinya berjihad harus memegang senjata... bila kita berusaha untuk melakukan sesuatu yang penghujung kerana Allah, itu lah dia dinamakan jihad.. jadi, tak mustahil utk kita berjihad?

 jihad boleh dibahagikan dengan macam- macam skop.. asalkan ianya bertunjangkan kerana Allah.. dan selalunya bila berjihad kita berkorban dalam apa jua keadaan.. ingat, asalkan niat kerana Allah.. ok, kita tgk antara amalan yang dipanggil jihad:


  1. Jihad Harta
  • bila kita memberi sesuatu yang kita sayang dengan niat yang betul dan diberi pada insan yang betul dan harta itu akan digunakan dengan cara yang betul, in shaa Allah, anda sudah masuk didalam zone jihad.. jihad melawan nafsu yang cintakan pada harta, jihad membantu kerana ALLAH.. jadi ringankan tangan bersedekah.. in shaa ALLAH dlm masa yang sama kita pun turut berjihad.. 
     2. Jihad Ilmu

  • menuntut ilmu pun kira jihad apa... bukan senang nak lawan malas semata- mata nak pegi class kan.. 
      3. Jihad Politik

  • kalau dalam satu pemerintahan islam, seorang pemimpin yang menindas rakyatnya, seorang pemimpin yang tak mampu tegakkan undang- undang islam, seorang pemimpin yang memberi kepada rakyatnya hiburan yang melalaikan, pendek cerita dia mmg tak layak jadi pemimpin lah, bila kita tergolong dlm parti2 pembangkang yang asasnya kerana menegakkan agama Allah, tahniah, anda sedang berjihad.. teruskan jihad anda.. 
banyak lagi jihad yang boleh kita buat..jgn sempitkan fikiran, kerana islam itu mudah.. cuma kita yang susahkan.. dan jangan pula kita permudahkan.. jihadlah selagi mampu, kerana Allah tak pernah memungkiri janjiNya.. berkorbanlah keranaNya dalam apa jua cara, kerana aku tahu kalian seorang pemegang pedang di medan perang yang sangat hebat.. 






0 comment(s)


Disclaimer



Hidup ini tidak akan pernah sunyi andai kita tersenyum melihat tujuh warna pelangi menerangi dada awan di langit tuhan ^^


Diary and Story
Let's know about owner
Let's exchange link


Taggie Board


Credits

Editor :
Mimi Mimot