| Follow || Dashboard |
//Pelangi Hati
Dengarlah Duhai Dunia.....!
Sunday, March 10, 2013 • 10:50 AM • 0 comments

Bismillahirahmanirahim...

aku harap, jari jemari ini dituntun olehNya dalam menulis.. jgn sampai aku menyumbang fitnah dalam penulisanku, mahupun kata-2 yang menyakiti sesetengah pihak.. tapi bila perkara ni berlaku depan mata aku sendiri, air mata lemah mengingatkannya walaupun bukan aku yang menanggung.. tapi sekilas hatinya disakiti seperti hati ku yg dirobek..semuanya kerana cinta...

dunia... dengarlah nasihat yang mungkin kalian bosan membacanya, tapi Allah tak pernah tipu... tiap larangan dia ada sebabnya... dengarlah dunia, walaupun kita punya negara yg berdaulat... kerana CINTA seluruh hidup kita seolah dibunuh kejam bila cinta tak diperlihara mengikut syariat... hati bakal digengam kuat sehingga nafas kerap kali tersekat- sekat... seolah- olah hidup tidak punya makna...  tiap kita diuji, kita selalu lupa ayatNya...bahawa kita tak lepas dr ujiannya, dan setiap ujian itu jalan penyelesaiannya hanya padaNya.. tp kerap kali kita mengadu pada yang akan mati.. kenapa?

wahai dunia, aku tahu hidup penuh ujian... kadang kala kita pertikaikan kita tak mampu hadapinya kerana terlalu sakit utk ditanggung.. tp kita lupa dia lebih tahu setiap kemampuan kita.. wahai dunia, sampaikan pada  anak perempuanmu, adik perempuan, kakak perempuan mu yang masih belum berkahwin... aku sebagai seorang wanita yang aku tahu fitrahku yang ALLAH cipta.. dengarlah dunia demi insan tersayang yang kau panggil keluarga... tak jauh, aku juga menginagtkan diri aku yang melihat dengan kepala mata sendiri... dengarlah dunia, tingkatkan cinta pada Ilahi melebihi dunia dan seisinya... bila hati cinta melebihi kepada manusia, kepada harta, kelak hati seolah- olah ditoreh- toreh... walaupun bukan aku yang hadapi tapi kerana darah yang mengalir ini dpt merasai setiap kesakitannya... dengarlah dunia, perliharalah maruahmu... Allah dah pesan 'jangan dekati zina...' kerana disitu dtgnya fitnah... Allah sayang kita, Allah juga tak nak kita rasa sakitnya bila diuji.. tp kita lupa ayat Allah.. kita lupa larangannya.. kenapa? dan dengarlah dunia, yakinlah dengan janji Allah.. Allah tak pernah memungkiri janji- janjinya.... setiap sujud padanya panjatkanlah seribu pengharapan... sehabis pasti dia Maha mendengar setiap pengharapanmu...

dengarlah duhai dunia, dengan tiga perkara ni, kalau tak jaga kita akan rasa pedihnya hati bila disakiti, bila difitnah maruahnya, bila dihina dirinya.. dengarlah, Allah sayang kita.. percayalah aku, janji Allah itu benar...
mungkin aku terlalu berkias, temuilah makna yang aku ingin sampaikan..

0 comment(s)


Disclaimer



Hidup ini tidak akan pernah sunyi andai kita tersenyum melihat tujuh warna pelangi menerangi dada awan di langit tuhan ^^


Diary and Story
Let's know about owner
Let's exchange link


Taggie Board


Credits

Editor :
Mimi Mimot