| Follow || Dashboard |
//Pelangi Hati
Pekebun Getah Seorang Daie
Thursday, March 14, 2013 • 12:39 AM • 0 comments

Bismillahirahmanirahim...

Refer pada title, bukan kita nak becakap soal seorang pekebun getah... tapi adalah seorang daie.. bila sebut daie, orang akan terus membayangkan seorang ustaz berkopiah putih, berjubah, mahupun berbaju melayu.. ataupun seorang ustazah yang indah penampilannya.. tp sesetengah manusia akan berfikir, haruskah seorang daie itu seorang ustaz/ ustazah? kalau seorang pakcik yg menoreh getah setiap pagi, seorang pekerja indahwater, seorang doktor pakar sakit jiwa, seorang CEO sebuah syarikat terkemuka, ataupun seorang penebar roti canai, tidak bolehkah beliau menjadi daie..?

mungkin pemikiran kita dicuci dgn sesetengah pemikiran bahawa menyampaikan dan menyebarkan ilmu agama itu adalah seorang ustaz/ ustazah sahaja.. teringat akan sepotong hadith nabi,

Daripada Abd Allah Bin Amr, Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda : "sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada bani israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka."

daripada hadith ni jelas, kita boleh lihat, ilmu itu kena disampaikan.. tak kesahlah dia seorang penjual air tebu, ataupun, seorang engineer mahupun seorang pelajar.. ditambah lagi dakwah boleh dilakukan, tak kira masa, tempat, ataupun cara... sesetengah daripada kita boleh berdakwah dengan berceramah, sesetengah pula menggunakan aliran bahan bacaan seperti majalah ataupun buku... tapi dengan kemajuan teknologi di akhir zaman ni, tak salah kita berdakwah dialam maya.. asalkan, sumbernya benar mengikut Al- Quran dan As- Sunnah.. dalam majalah solusi edisi 53 dalam tajuk 'Agamawan + Ahli ICT' katanya teknologi itu adalah satu nikmat yang harus digunakan sebagai satu ketaatan kepada Allah. bertujuan kearah manfaat kehidupan manusia didunia, sekaligus kehidupan diakhirat... maksudnya, mcm aku cakap tadi, kita boleh berdakwah tak kira tempat, masa dan cara... dgn teknologi yg semakin canggih ni, wujudnya Facebook, Twitter, Blogger, or Vlogger ditambah dengan wujudnya android, windowphone or sebagainya, gunakanlah dengan sebaik- baiknya bermanfaat untuk dunia dan akhirat... kat situlah jalan menjadi seorang daie asalkan ilmu yg disampaikan benar dan tidak bercanggah dengan dua sumber yang penting td..

bila habis STAM ni, mmg tak boleh tipu, kawan- kawan ramai jd tenaga pengajar, cikgu, ustaz, ustazah, mualimah pasti, aku sorang je tersasar jauh dari aliran.. kerja kerani pulaknya.. jauh dari sudut hati, cemburu mmg cemburu... untungnya jadi seorang tenaga pengajar, lebih- lebih lagi ustaz/ ustazah.. kenapa? first, mereka menyampaikan ilmu, dan ilmu itu sentiasa mengalir sampailah budak yang diajar tu besar, dan disampaikan pd org lain, org lain dan orang lain.. pahala tak berhenti mengalir.. subhanallah.. second, boleh menambah ilmu.. selalu kalau diorang nak mengajar, diorang akan study dulu sebelum mengajar.. boleh ingat balik ilmu- ilmu dulu yang dah lupa.. kalau kerja office or mane-mane la selain guru agama ni, susah nak cari masa utk timba ilmu balik.. masuk kerja pukul 9:00 am, balik kerja pukul 5:00 pm.. balik dah penat.. kalau betul- betul nak tampal ilmu- ilmu tu pun kena pandai bahagi- bahagi masa.. kene berkorban tenaga.. tu yang selalunya ramai pekerja- pekerja pejabat yang kadang- kadang OT sampai malam tak de masa nak pergi kuliah agama.. ceramah agama... see, untungnya ustaz/ ustazah..third, mereka bersama ahli- ahli syurga.. maksudnya budak- budak yang suci hatinya dari sebarang titik hitam.. belum campur boleh asah bakat bercakap depan khalayak ramai, asah bakat mengajar.. subhanallah.. ni yang buat aku jeles.. tapi apa yang buat aku bersyukur, macam mana pun kerja aku dapat, asalkan halal... pergi kerja niat lillahita'ala pun dah dapat pahala.. Alhamdulillah... walaupun tak dapat menjadi daie seperti mereka, biarlah aku menjadi daie buat bakal anak- anak suatu hari nanti..

Kesimpulan disebalik karangan panjang lebar yang tidak berformat serta tatabahasa yang betul ini adalah 'KALIAN SEMUA ADALAH DAIE'

gambar hiasan.. sumber dari google.. :)

0 comment(s)


Disclaimer



Hidup ini tidak akan pernah sunyi andai kita tersenyum melihat tujuh warna pelangi menerangi dada awan di langit tuhan ^^


Diary and Story
Let's know about owner
Let's exchange link


Taggie Board


Credits

Editor :
Mimi Mimot