| Follow || Dashboard |
//Pelangi Hati
Beruntungnya Seorang Wanita
Tuesday, April 16, 2013 • 8:05 PM • 0 comments

Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum w.b.t

semenjak dua ni memang terasa mcm rajin update ye? hehe.. ni lah masalah kalau aku mula datang mood terhadap blog... ok ape dari 3 bulan sekali aku singgah blog sendiri, korang pun turut rindu..hahaha...ok, berbalik pada tajuk..

harini, bukan hari wanita sedunia... bukan juga hari ulangtahun kelahiran tokoh wanita terkenal.. tapi terlintas untuk bercerita tentang wanita... mungkin tak layak untuk aku kupas soal ni kalau aku seorang lelaki, yeke? tapi memandangkan aku juga wanita dan aku juga punya fitrah wanita.. dan aku tahu apa itu rasa menjadi wanita...pada fizikalnya, wanita memang dicop lemah kalau dibandingkan lelaki.. tapi hakikatnya, ada beberapa kekuatan wanita yang tak dapat seorang lelaki pikul... dengan diciptakan baginya rahim, dia mampu melahirkan seorang pemimpin, dia juga mampu melahirkan seorang daie... saat wanita disakiti, dia mampu tersenyum dihadapan semua orang sedangkan kita sendiri tau, wanita terkenal dgn air mata,kan? fitrah wanita hatinya rapuh, mudah terusik.. jadi dijadikan untuknya air mata sebagai penguat semangatnya.. sedangkan lelaki dijadikan fitrahnya sememangnya kuat... kita boleh tgk mcm mana wanita mampu mengatasi fitrahnya yang dianggap lemah?

selain tu, Allah sendiri dah angkat darjat seorang wanita, menurut hadis nabi :-

Dari Abdullah Bin Amr r.a bahawa salallahualahi wasalam bersabda: " Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah. " (HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

sebaik- baik perhiasan dalam dunia adalah WANITA solehah... kalah emas, perak, berlian... tak terbanding mahalnya seorang wanita... tapi yang menentukan perhiasan dunia adalah diri kita sendiri... seperti dalam hadis nabi, "sebaik perhiasan adalah wanita solehah.." kita yang menentukan layakkah kita menjadi perhiasan dunia yang dimaksudkan Nabi Muhammad s.a.w iaitu wanita solehah... bagi aku, mahalnya wanita terletak pada keperibadian dia... keperibadian utk pastikan dirinya sentiasa terpelihara, keperibadiannya mempunyai akhlak dan adab yang mulia seperti yang dituntut agama, keperibadian utk cari redha Allah..

Tapi pada pendapat aku, utk memiliki satu keperibadian yang tinggi, mulakan dari hati.. tanya pada hati, untuk apa aku hidup? untuk apa ibu lahirkan aku? jawapannya cuma satu, untuk Allah... segalanya untukNya.. kalau tujuan hidup bukan keranaNya, untuk apa bergelar muslim? so, kalau hidup kita keranaNya, insyaAllah, tak de masalah nak ikut apa yang disampaikan Nabi Muhammad s.a.w... seperti dalam potongan ayat alquran, "kami mendengar dan kami taat.."

Dah disampaikan ayat untuk menutup aurat bagi wanita, dalam surah An-Nur ayat 31,

“ Dan katakanlah ( wahai Muhammad) kepada perempuan-perempuan yang beriman : hendaklah mereka menahan( sebahagian) daripada pandangan mereka ( daripada memandang lelaki yang ajnabi) dan memelihara kemaluan mereka , dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka , kecuali yang ( biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung (khumur) ke dada mereka , dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka , atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka atau saudara-saudara mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka , atau putera-putera saudara perempuan mereka , atau wanita-wanita Islam , atau hamba abdi yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan ( terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti aurat perempuan . Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan . Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah , hai oang-orang yang beriman, supaya kamu mencapai falah, yakni mendapat keuntungan , kemenangan atau kebahgiaan yang hakiki .” 


kami mendengar dan kami taat... :) tapi setiap kali cakap pasal tutup aurat perkara pertama orang akan fikir TUDUNG.. mungkin aku perlu highlight kat sini, "dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak darinya.." ok, tak payah fikir susah- susah... andaikan solat kita pakai T-shirt, jeans and tudung selimpang- selimpang je..? rasa- rasa agaknya sah x? dah ada jawapan kan? apa yang kena ditutup dalam solat, itulah yang perlu ditutup ketika luar solat... maksud anggota yang biasa dilihat kat sini adalah muka dan tapak tangan, tak lebih dari pergelangan tangan... orang selalu kata, ala, at least dah pakai tudung... yang lain- lain tu nantilah tunggu seru... ok, kat sini aku teringin nak tanya, untuk apa kita pakai tudung... ada yang jawab, sbb Allah suruh... ok, betul.. ada jugak yang jawab, takut api neraka sbb neraka tempat pembalasan bagi hamba yang tak ikut perintahnya.. ok, perintah Allah adalah menutup aurat secara SEMPURNA, mcm dalam ayat tadi, "kecuali yang biasa nampak darinya.." iaitu muka dan tapak tangan.. jadi, kaki termasuk dalam kategori aurat bg wanita la? yup.... jadi pergelangan tangan pun kategori aurat la...? yes, excatly... jadi pakai stokin tu wajib macam pakai tudung? kalau korang nak pakai lain pun boleh asalkan tutup aurat... tak jadi masalah pun... 

tapi bila kemajuan zaman pun makin bertambah, bermacam fesyen baju aku jumpa... kadang- kadang diri ni pun ikut terasa nak pakai jugak... kalau pakai baju kurung tu boleh tutup aurat, depa pakai, tapi diketatkan lah pulak... kalau pakai jubah tu boleh tutup aurat, depa pakai, tapi dijarangkan lah pulak... mungkin aku kena highlight lagi kat sini, berbalik pada ayat diatas, "dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka..." perhiasan kat sini adalah diri kita, bukan kat sini aku nak suruh korang nyorok kat rumah jangan bagi orang tgk.. bukan... tapi bentuk badan wanita juga merupakan perhiasan... tak percaya? ok, cuba hang bayangkan hang gemok.. hang nak kurus dak? nak kan? kenapa? sbb nak badan cantik... haaa.. perhiasaan la tu... perhiasan means benda yang cantik... jadi bentuk tubuh pun harus ditutup... 

tapi dalam pendapat aku, dalam banyak- banyak pakaian, pakaian yang menutup aurat tetap jubah, dan baju kurung.. bukan tak boleh berseluar, boleh, tapi labuhkan baju T... simple.. tak susahkan kepale otak fikir semua ni... aku nak bagi tips sikit utk tutup aurat dari atas sampai bawah, pendek kata SEMPURNA.. tudung bawal bidang biasa boleh digunakan, sbb tak ramai yang mampu bertudung labuh... tudung bawal ni terkenal dgn jarangnya, so, labur sikit duit beli inner tudung ataupun tudung syria kecil.. jadi, dalam pakai inner tudung/ tudng syria, luar pakai tudung... make sure tutup bahagian 'merah'.. hehe.. selalunya had kawasan selamat adalah tutup sampai paras pusat, kalau lg bawah lg bagus.. then pemilihan baju yang longgar, take simple, baju kurung, bukan kurung moden ataupun kurung  peplum, tapi kurung patern yang zaman berzaman tu.. sweet je kalau pakai tau dak.. lengan, sekarang dah berapa juta handsock dijual, boleh beli, tak mahal la, area RM 5 je... pelbagai warna boleh didapati.. seterusnya, stokin... weyh, hang nak pakai stokin kaler-kaler pon boleh, asalkan tutup kaki hangpa..simple.. mungkin nampak mcm outdated sangat.. tapi aku nak ulang balik, untuk apa kita hidup? mahalnya wanita boleh nampak kat situ, berlapis- lapis, kalau dikira harga baju, tudung, inner tudung, stokin, handsock boleh cecah harga RM 90.. dibandingkan dgn harga T-shirt and seluar jeans cuma dalam anggaran RM65 je.. haaa... mana lagi mahal? orang yang mahal utk yang mahal je la.. kan.. hehe..

so, panjang huraian aku.. so, balik pada cerita keperibadian tadi, bila hati dah suci, aurat dijaga, insyaAllah, autometik akhlak pun insyaAllah baik belaka.. percayalah.. kalau tak percaya, cuba dl, apa rasanya.. dgn yakinnya aku berkata "confirm, tiada keraguan.." hehe



Paksa diri, biar fake mula- mula, asalkan kita punya usaha utk jadi wanita yang terbaik... 



aku suka utk share vid dr mrallshared, depa ni mmg baguih habaq hang la.. semoga bermanfaat ye :)

ok lah, cukup tu utk harini... 

Ma'asalamah.... 


0 comment(s)


Disclaimer



Hidup ini tidak akan pernah sunyi andai kita tersenyum melihat tujuh warna pelangi menerangi dada awan di langit tuhan ^^


Diary and Story
Let's know about owner
Let's exchange link


Taggie Board


Credits

Editor :
Mimi Mimot