| Follow || Dashboard |
//Pelangi Hati
Panduan Pilih Pasangan
Wednesday, April 10, 2013 • 9:51 PM • 0 comments

Bismillahirahmanirahim...

ok, pagi ni rasa rajin menerpa... Alhamdulillah, semua benda yang buat kekalutan fikiran telah selesai dengan dengan mudah dengan izinNya... beberapa hari lepas, ade terbaca 1 buku hasil nukilan Ustaz Emran yang bertajuk Panduan Mencari Pasangan Hidup... pasal ni je, semua dok pikir aku tengah gatai kan.. dok aihh, ni semua ilmu... disebabkan aku sangat tertarik dgn isi dia, so, terdetik nak share kat sini..

permulaan dalam perkahwinan adalah memilih pasangan hidup yang betul... walaupun kita diharuskan memilih dari segi rupanya, hartanya atau keturunannya.. tapi yang lebih utama adalah agama dan akhlaknya.. kalau difikirkan balik, kalau pilih dari bagus agamanya, sudah tentu akhlaknya bagus... keturunannya juga bagus... rupanya lebih kelihatan tenang walau tak sekacak atau setampan Aaron Aziz... dan Allah akan permudahkan pintu rezekinya dari jalan yang tak disangka- sangka kerana ketakwaannya... dari memilih satu yang nampak indah, tapi pakejnya tak seindah fizikalnya.. lebih baik memilih agama yang utuh yang mempunyai pakej yang terbaik..

Rasulullah S.AW pernah bersabda, "nikahi wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu) wanita yang kuat beragama,nercaya sejahtera hidupmu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlaku fitnah dibumi dan kerosakan yang besar."

walaupun lelaki ataupun wanita, Rasulullah telah menegaskan, pilihlah kerana agamanya dan akhlaknya.

seterusnya, apabila niat berkahwin dah ada, tapi sesetengah mulut sering berkata- kata, mampu kah kita untuk membina sebuah rumahtangga.. so, kita rujuk maksud "mampu" yang sebenar- benarnya.

Abdullah Bin Mas'ud pernah berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda bahwa:
"Wahai sekalian para pemuda, sesiapa dikalangan kamu yang memiliki kemampuan untuk berkahwin maka dia hendaklah bernikah kerana sesungguhnya ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan."

maksud 'kemampuan' dalam hadis tersebut adalah kemampuan bernikah. para ulama' berbeza pendapat dalam menetapkan apakah yang dimaksudkan dengan 'kemampuan untuk benikah'. maksud yang paling benar ialah 'kemampuan untuk bersetubuh'. hal itu dinyatakan oleh Al- Imam Muhammad Bin Ismail Al- san'ani, pengarang kitab Subulussalam Syarah Bulughul Maram. (lihat subulussalam jilid 3, m/s171)

Begitu juga pendapat Imam Nawawi r.h dalam kitab Al- Minhaj ketika beliau mensyarahkan hadis ini. beliau berkata bahawa para ulama' menyebut, maksud 'mampu' dalam hadis diatas ialah kemampuan untuk bersetubuh. inilah pendapat paling tepat dan merangkumi makna bahasa dan maksud baginda. (Al Minhaj, Jilid 6 m.s 176)


Walau bagaimanapun, banyak kitab fikah menyifatkan bahawa maksud kemampuan dalam hadis di atas, iaitu kemampuan dari segi fizikal dan kebendaan untuk memenuhi fitrah persetubuhan. Contohnya seperti menyediakan belanja. Juga kemampuan kebendaan atau material untuk berkahwin seperti rumah dan tempat
tinggal bagi menempatkan isteri. Hal ini juga dinyatakan oleh Imam Nawawi r.hsebagai salah satu daripada pendapat ulama terhadap maksud kemampuan. (Lihat: Al-Minhaj, jil. 9, ms. 176).


Pernikahan sepatutnya menjadi suatu ibadah yang dilaksanakan kerana ALLAH dan untuk kebaikan agama. Mengutamakan kepentingan agama lebih afdal daripada tujuan keduniaan. Rasulullah s.a.w menyatakan dalam sebuah hadis sahih bahawa baginda pernah menikahkan sahabatnya dengan hanya bermaharkan al-Quran disebabkan kemiskinan dan ketiadaan harta untuk dijadikan mas kahwin.


Hal ini sekali gus menjadi hujah bahawa pernikahan yang dilakukan atas dasar menyelamatkan diri daripada maksiat dan keinginan syahwat itu harus dilaksanakan kerana ALLAH. Walaupun kekurangan dari sudut kebendaan.


Pernikahan menjadi ibadah dan sunnah yang wajib ditunaikan bagi mereka yang mampu dalam erti kata mampu melakukan persetubuhan dan menunaikan fitrah melalui jalan yang dibenarkan oleh syariat. Dan juga bagi memastikan kesinambungan generasi manusia.

ingin jugak aku selitkan satu potongan ayat surah Talaq: 2-3

"sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberi rezeki dari jalan yang tidak disangka olehnya."

perkahwinan satu sunnah, satu jalan untuk beribadah.. thats why, Allah akan membuka rezeki buatnya... walaupun semua kriteria untuk berkahwin dah wujud dalam diri, tapi sumber kewangan masih belum kukuh.. bak orang selalu kata, "tunggulah habis belajar, cari kerja baru la kahwin.." tapi dgn tempoh belum berkahwin tu terlalu banyak maksiat yang dilakukan.


Pemikiran sekuler yang berkonsepkan kahwin selepas belajar sebenarnya berpunca daripada maddiyah (kebendaan). Antara alasan yang dikemukakan ialah tidak boleh berkahwin sebelum habis belajar kerana belum bekerja, belum mempunyai wang,belum berkemampuan untuk menyara keluarga, takut makan pasir, belum mempunyai rumah, harta dan lain-lain lagi.

bagi aku, kalau faktor duit, kereta, rumah jadi satu benteng untuk bina rumah tangga bagi aku depa ni tak yakin dengan rezeki Allah... kalau still boleh jaga ikhtilat, iman dan nafsu  tak jadi masalah untuk depa kumpul harta dulu untuk kesenangan hidup akan datang.. tapi kalau ikhtilat tak mampu jaga, nafsu pun turun naik, lebih baik berkahwin dgn orang yang betul dahulu.. bila kita nak buat benda yang tak sepatutnya ada yang tegur... pasal harta insyaALLAH, Allah bantu... maybe soal ni, korang boleh rujuk hukum berkahwin, still di tahap wajib, sunat, makruh ataupun haram?

ok, boleh scan diri kita samaada wajib, sunat,  makruh ataupun haram dalam berkahwin.. hukum berkahwin terbahagi kpd empat...

1. Wajib, apabila seseorang itu takut terjebak melakukan maksiat.
2. Sunat, apabila keadaan tidak terlalu mendesak
3. Makruh, seseorang yang melalaikan kewajipan lain yang lebih penting.. seperti solat fardhu, puasa dan amalan- amalan wajib.
4. Haram, keadaan tak mampu secara zahir dan batin sehingga menyebabkan orang lain dizalimi.
(Al- Muhalla oleh Ibn Hazm, Jil 9, m/s 440 dan al- bada'i oleh Ibn Qayyim, Jilid 2, m/s 228)

itu jelah aku mampu share dari buku ni, sebenarnya aku pun tak habis baca lg.. hehe... tp huraian dia sangat menarik... berapa banyak kali 'ohhhh' aku cakap time baca.. nampak kehausan ilmu berlaku disitu.. lain kali kalau ada yang menarik, aku share lagi, sbb aku dah penat menaip ni, start menaip pagi, siap menaip tengah hari.. hehe.. ok, jumpa lagi.. ma'asalamah...







0 comment(s)


Disclaimer



Hidup ini tidak akan pernah sunyi andai kita tersenyum melihat tujuh warna pelangi menerangi dada awan di langit tuhan ^^


Diary and Story
Let's know about owner
Let's exchange link


Taggie Board


Credits

Editor :
Mimi Mimot