| Follow || Dashboard |
//Pelangi Hati
Temuduga Guru KAFA
Wednesday, April 10, 2013 • 4:23 AM • 1 comments

Bismillahirahmanirahim...

ok, tarik nafas..... lepas... diminta segala perkara yang menyesakkan otak ni pergi jauh- jauh... disebabkan aku pernah berkata- kata dlm diri.. lepas settle benda ni aku akan share buat bakal yang menghadapinya esok- esok.. tu bukan janji, tp korang anggaplah benda ni membantu.. yeke?

beberapa minggu yang lepas dapat panggilan daripad Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk hadir temuduga guru KAFA.. ok, kemudiannya aku research google utk maklumat interview tu, sbb tak nak lah datang bawak tangan kosong kan... ada beberapa blog yang cerita pengalaman mereka interview serba sedikit membantu la sebagai pengenalan.. bak kata ada bayangannya la... harapan aku, moga membantu ya...

masa yang dijanjikan utk ditemuduga adalah 8:30 pagi.. so, aku rancang ambil masa dtg tak terlalu cepat dan tak terlalu lambat... so, target keluar rumah 7:50 pagi.. memandangkan Banting pagi- pagi dah jem jadinya aku ambil masa selamat sebanyak setengah jam dari rumah.. memandangkan aku pemandu sangat berhati- hati.. (gelak sat)  Alhamdulillah, sampai dalam 8:25 pagi.. tak terlalu cepat dan tak terlalu lambat.. akhirnya perancangan masa aku berjaya.. cehh.. hehe..

ok, firstly dtg tempat daftar dulu utk dapatkan nombor giliran ujian lisan sat lagi.. eh, lupa.. interview ni ada 2 sesi.. sesi pertama ujian bertulis.. masa tu semua mangsa- mangsa interview akan ditempatkan dalam satu dewan, dan diberi kertas soalan.. soalan ujian bertulis terbahagi kepada 3, bahasa arab, akidah dan ibadah.. dont worry, semua soalan adik- adik kita punya, mmg senang... tapi kena ilmu fisudur la.. kalau ilmu fisutur kene study mcm aku dulu..HAHA.. korang nak contoh ya.. ok, kalau soalan bahasa arab soalannya susun ayat mengikut jumlah fi'liah or ismiah yang betul.. senang citer ayat yang betul la.. pastu kena musannakan perkataan yg diberi... soalan adik- adik kan? korang kan power bab ni... tp ada sesetengah tempat depa kene translet perkataan yang diberi mcm bagi maksud epal, tembikai dan sebagainya.. pastu bahagian ibadah sangatlah senang, mcm jenis solat sunat, waktu diharamkan solat or sewaktu dengannya.. mcm aku ckp td soalan adik- adik... then bahagian Akidah, pasal tauhid seperti nabi ulul azmi, sami'yat or sewaktu dengannya.. bak kata aku tadi soalan adik- adik..

tapi mcm mana pun korang kene hadapi ujian lisan.. masa tu diminta bawa sijil- sijil yang pernah korang simpan sejak azali ya... soalan- soalan yang dia tanya cuma bacaan dalam solat, (awas, dah berpuluh tahun solat pun, kalau disoal kadang- kadang boleh lupa.. sbb time solat, kita baca suka rela, bukan ada orang suruh hang baca doa iftitah ke apa) , depa gak akan test bacaan Alquran dan tanya pasal tajwid, banyak- banyak la study, sbb aku fail memastikan jenis- jenis mad, jadinya tadi aku tibai..HAHA.. dan depa akan test hang baca jawi, senang je.. kadang- kadang ikut pada org yang menemuduga, kadang- kadang depa akan tanya isu semasa... soalan umum.. mcm aku kene tadi pasal qisas.. so, explain la pendapat aku, last- last aku blur antara qisas dgn hudud.. HAHA.. secara autometik teringat ustaz zawawi..sbb tajuk qisas tu tahun lepas group aku yang bentang siap mintak aura dan pendapat beliau lagi.. adoi patin, awat hang kalut sangat... rugi tahu...! tapi member aku xkene pun soalan umum tu, tu bergantung pada nasib dan takdir masing- masing..

ada soalan? haa? dapat ke tak? ohhh.. emboh la... yang penting dah lepaih aku tenang sikit... perasaan aku lepas interview terasa mcm tak cukup ilmu didada... layakkah aku menjadi pendidik?



1 comment(s)


Disclaimer



Hidup ini tidak akan pernah sunyi andai kita tersenyum melihat tujuh warna pelangi menerangi dada awan di langit tuhan ^^


Diary and Story
Let's know about owner
Let's exchange link


Taggie Board


Credits

Editor :
Mimi Mimot