| Follow || Dashboard |
//Pelangi Hati
Terlajak Perahu Boleh Diundur..
Saturday, April 13, 2013 • 4:48 PM • 0 comments

Bismillahirrahmanirahim..

sobahannur semua... even korg baca ni tgh hari or malam, anggaplah ucapan selamat pagi ni utk pagi esk.. hehe.. pagi ni aku diganggu dgn nyamuk, jadi aku tak dak mood nak tidoq.. selalu time-2 mcm ni selamat dah, waktu perdana..hehe.. sebenarnya bukan ni yang aku nak cerita... tapi ada satu benda aku nak cerita, mukin pahit untuk ditelan.. tapi hakikatnya hang kena telan gak.. ni hakikat yang berlaku sekarang... mungkin agak tersentuh sikit soal politik, tp mungkin perlu utk ketepikan dlm 5- 10 minit pasal politik, tapi ketengahkan soal agama... tolonglah, demi umat islam... sungguh, aku sedih dengan situasi ni.. 

semalam seperti biasa aku refresh twitter disebabkan kebosanan sbb tak de sape nak reply twitter aku.. hehe.. tu bukan point dia sebenarnya.. jadinya, aku terjumpa satu tweet dr sorang makhluk Allah, nama perlu dirahsiakan... (jgn tanya) aku sangat terkilan dalam satu tweet beliau, katanya "kalau kita undi pembangkang yang lain, diorang akan bagi kesenangan mcm mana yang BN bagi ke?" wahhhhhhh... sungguh yakin dia berkata- kata... sungguh aku salute sbb dia berani cakap mcm tu... maaf, mungkin akan menyentuh soal politik, seperti dalam islam, politik dan agama tak boleh dipisahkan, kat sini boleh nampak, aku bukan nak sentuh or berkempen ke ape, tapi aku nak sentuh soal jaga lidah... waktu- waktu PRU nak dekat ni, ujian Allah terhadap lidah dan hati sangat kuat, jd moga kalian diantara hambaNya yang kuat imannya dalam menjaga adab dan akhlak.. maaf, mungkin akan ada segelintir yang berkata- kata aku 'tak layak' utk sentuh soal ni.. sbb sebelum ni ada yang dah ckp, tp ingin aku tegaskan, ni soal agama, selagi aku tahu hukum 'tak boleh', tanggungjawab untuk menegur, agama dgn undang- undang mana lebih utama..? jawab dalam hati..

ok, berbalik pada soal tadi... sebenarnya bukan makhluk ni sorang je cakap mcm ni, tapi ramai dah... tp buat orang- orang yang mcm ni, aku faham kalian sangat sayang dgn parti politik pilihan hati kalian... kadang lidah ni boleh menyebabkan mcm- mcm benda yang merosakkan akidah.. mcm tadi tu, 'kesenangan dtg dari BN' .. tak pasti mazhab mana dia pakai, sbb aku pun tak berapa nak khatam soal mazhab.. tapi yang pasti, rezeki itu datang dari Allah... bukan dtg dr ciptaan Allah.. hidup kita bergantung padaNya bukan pada yang lain.. 

seperti yang Allah berfirman dalam surah Al- Qasas ayat 82, 

" dan oarang- orang yang kemarin mengangan- angankan kedudukannya (Qarun) itu berkata: "aduhai benarlah kiranya Allah yang melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dia kehendaki diantara hamba- hambaNya dan membatasi (bagi seseiapa yang dia kehendaki diantara hamba- hambaNya) Sekiranya Allah tidak melimpahkan kurniaNya pd kita, tentu dia telah membenamkan kita pula.. aduhai, benarlah kiranya tidak akan beruntung orang- orang yang mengingkari (nikmat Allah) " 

dan seterusnya boleh rujuk surah At- Talaaq ayat 2-3 seperti yang aku pernah sentuh dalam post sebelum ni.. apa yang aku nak sentuh kat sini, kadang- kadang kita lupa Allah bila nikmatnya datang... cukuplah tu je dosa yang kita buat, jangan ditambah pulak dgn berkata manusia yang memberi kesenangan dan rezeki.. sedangkan manusia yang kita bergantung tu pun masih tak sempurna, mereka kalau tak ada kuasa, kalau tak ada kerja pun akan mati kebuluran jugak... manusia sama, tak kisahlah dia tu PM ke, wakil rakyat ke, ataupun sultan.. semua manusia sama..! aku bukan nak berkata kosong, tapi aku selitkan bukti dari sebenar- benar kitab... jadi, tolonglah jaga lidah... 

tak lama lepas tu, ternampak satu post di FB, mcm ni la gambarannya...

maaf, nama dan gambar terpaksa dirahsiakan... kalau nak tahu, mungkin benda ni dah tersebar pun kat FB.. pandai- pandai cari sendiri.. 

sedihkan baca statement dia? Allah, ni lah yang dimaksudkan Tok Guru, tak sah solat kalau tolak hukum Allah, hok mung orang BN ka? PR ka? PAS ka? Allah... berat pulak rasa nak menaip tiba- tiba sedih... kesian semua perasaan lah ada sekarang ni.. 

".............apa yang diberikan Rasul kepadamu terimalah, dan apa yang dilarang bagimu tinggalkanlah." - Al hasyr :7 

" Hanya ucapan orang- orang mukmin yang apabila mereka diajak kepada Allah dan RasulNya agar Rasul memutuskan (perkara) diantara mereka, mereka berkata "kami mendengar dan kami taat" Dan mereka itulah orang yang beruntung.." - Surah An- Nur :51

korang pun tahu baca kan, faham- fahamlah... apa- apa pun, kalau fanatik sangat mcm mana pun, jgn gadaikan akidah.. hati ni main system dari segala- galanya.. bila hati dah buruk, mulut, mata semua ikut buruk.. maka jaga rohani masing- masing.. soal akidah jgn buat main, aku bukan apa, aku takut dgn mudah ada umat islam yang gugur syahadah... tapi Allah maha pengampun, hanya satu jalan penyelesaian iaitu 'taubat nasuha'... moga Allah memberi hidayah dan rahmatnya buat kita semua..

p/s: statement tu mcm menunjukkan BN tetttttt.... hehe.. nilailah sendiri.. pilihan ditangan anda, kenapa anda pilih juga akan ditanya diakhirat kelak.. hehe 

ma'asalamah..!





0 comment(s)


Disclaimer



Hidup ini tidak akan pernah sunyi andai kita tersenyum melihat tujuh warna pelangi menerangi dada awan di langit tuhan ^^


Diary and Story
Let's know about owner
Let's exchange link


Taggie Board


Credits

Editor :
Mimi Mimot