| Follow || Dashboard |
//Pelangi Hati
Ujian Itu Nikmat..
Friday, April 5, 2013 • 9:20 PM • 0 comments

Bismillahirahmanirahim...

lama tak menyinggah dalam menulis.. bukan ape, la ni agak busy mengatur hidup.. dan idea pun berkurangan dalam menterjemahkan isi blog ni... selalu aku tahan- tahan tangan ni supaya jangan jadikan blog ni seperti blog lame yang telah aku hapuskan.. so, harini curi masa kerja kejap sementara tunggu panggilan untuk mengeluarkan kertas- kertas kerja.. so, lets start.. berbalik pada tajuk yang cuba aku kemukakan..

Ujian? tu benda biasa dalam lumrah kehidupan manusia.. dalam surah Al- Ankabut ayat 2, ada mengatakan,

"patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata "kami beriman" sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)"

tp pertama sekali, terime kasih buat sorg sahabat dr twitter, yang pernah post kat aku ayat ni sebagai penguat semangat tatkala aku diuji dulu.. ok, berbalik pd tajuk, ALLAH dah bagitahu, tak beriman seseorang kalau tak diuji... tu tanda ALLAH ingat kita, tanda Dia tak nak kita leka dengan nikmat dunia yang diciptakan tempat manusia itu duji tahap keimanannya.. renung sedalam- dalam akal fikiran kalian, tatkala diuji apapun, samaada diuji dengan kemiskinan, mahupun kesihatan, ataupun nikmat, pernah ke bersyukur? ataupun kita merungut... tak dinafikan, kita manusia, aku juga pernah tersungkur dengan ujianNya, pernah juga aku katakan, "kenapa Kau uji aku sebegini rupa? " astaghfirullahalazim... hakikatnya kita lupa, bila Allah turunkan nikmat, tak pernah nak bersyukur...

ok, lepas ni, same- same kita ubah perspektif kita bila diuji... ubah kepada "UJIAN ITU SATU NIKMAT.." berbaik sangka dengan Allah dalam apa pun ujian yang diberikan... sbb Dia lebih mengetahui akan setiap sesuatu.. ambil kebaikan dari ujian yang diberikan... contoh, satu hari ni aku ada masalah, masa tu masyaAllah buntu, sedih, rasa putus asa semua ada... tp, ada sorg sahabat, dia kate "jelesnye....Allah rindu nak date dgn aten, nak dengar luahan hati aten..." ya Allah, laju terus air mata time tu... jazakallahu kher sahabat atas semangat... nampak tak? Allah uji, sbb dia nak kita pulang kat Dia, balik pada Dia, sujud pada Dia.. sbb kita pernah leka dgn dunia.. tp sebabkan sayang, Dia tarik kita, "haaa... ni jalan yang betul utk kau lalu...bukan jalan yang tu..." Allahuakbar...

tp semua tu berbalik pada diri kita sendiri.. kita yang menentukan mcm mana kita kendalikan diri kita saat diuji... dengan iman, atau emosi? semoga kita sentiasa dibawah redhaNya tatkala diuji... wahai hati- hati yang sedang diuji, kuatlah dikau, teguhlah dikau dengan jalanNya.. kerana disebalik kesulitan itu ada kemudahan.. "fainna ma'al usri yusra... inna maal usri yusra.." Allah tak pernah mungkir janji, kuatkan hati... tingkatkan tahap kesabaran... yakin kita hadapi semua ni, kerana Allah takkan uji sesuatu melainkan dgn kesanggupan kita..

bila diuji, kita mesti ada permintaan dari Ilahi.. kalau minta sekali mungkin susah nak dapat kena ada usaha yang konsisten..mungkin aku nak share, satu pesanan time usrah haritu, kalau kita nak capai apa yang kita nak, and pendek cerita Allah perkenan doa kita.. sbb yang boleh menubah takdir hanya doa.. teruskan berdoa dan susuli dengan 4 perkara ni..

  • solat awal waktu 
  • selalu sedekah
  • usaha jangan tinggalkan solat sunat Dhuha
  • dan baca Alquran at least 1 page 1 hari
insyaALLAH, ALLAH nilai setiap usaha kita... semoga kalian tabah mengahadapi segala dugaan hidup dan semoga sentiasa dibawah redhaNya.. 




.
tiba - tiba rasa mcm nak share 1 potongan ayat dr lagu Farid Sanullah- Dont Forget Allah, 
"if you remember Allah in Prosperity, he'll not forsake you in adversity"
May Allah Bless you fi dunya wal akhirah.. ma'asalamah..



0 comment(s)


Disclaimer



Hidup ini tidak akan pernah sunyi andai kita tersenyum melihat tujuh warna pelangi menerangi dada awan di langit tuhan ^^


Diary and Story
Let's know about owner
Let's exchange link


Taggie Board


Credits

Editor :
Mimi Mimot