| Follow || Dashboard |
//Pelangi Hati
Assobrun Jameel :)
Monday, May 6, 2013 • 8:58 AM • 0 comments

Setakat mana anda boleh membaca isi artikel ini, sampai akhir ataupun 'alah... tak penting..' lalu (tekan pangkah)... disitulah kesabaran yang ada pada diri anda yang kita boleh lihat seperti dalam hadis Nabi, "sabar itu sebahagian daripada iman.."

Tahniah!!! anda berjaya membaca pada peringkat muqaddimah ... ok, Bismillahirahmanirahim... harini niat dihati nak kongsi ilmu dan menasihati diri sendiri tentang 'SABAR'.. Selepas baca Solusi Edisi 31 dengan tajuk 'Sabar Itu Indah..', actually sekarang dah Edisi 45 kalau tak silap, tp aku jenis beli buku simpan, dan aku akan habiskan satu- satu.. la ni banyak lagi Solusi yg belum baca.. hehe.. ok, berbalik pada tajuk 'Sabar' berdasarkan Majalah Solusi Edisi 31, maksud sabar adalah menahan atau mengekang diri daripada rasa keluh kesah dan sedih dalam menghadapi sesuatu yang tidak disukai.. dan antara lawan kepada sabar adalah MARAH, TERGESA- GESA, PUTUS ASA, SEDIH.. tapi aku nak kupas dua je daripada empat tadi tu.. ok, mulakan dengan Marah..

Marah tu boleh, tapi bertempat... kita kene marah bila agama islam diinjak- injak.. contoh, bila orang mempersendakan hukum yang dah tertulis dalam Al- Quran... contoh, dalam surah AnNur ada menyentuh soal aurat wanita wajib ditutup... tapi ada sesetengah manusia dah la, tak tutup aurat, dah tu kata tudung labuh tu kolot, jubah tu kolot, perempuan menutup aurat tu hipokrit... golongan- golongan ni lah yang kita kena marah.. sama jugak kalau persendakan hukum lain mcm hudud, rejam, ta'zir, riba dan sebagainya... tapi kebanyakan kita marah bila tak puas hati.. marah bila pendapat kita orang bangkang.. marah bila terasa dicabar.. marah bila dimarah.. senang citer marah untuk kepentingan diri sendiri... selalunya manusia kalau marah macam- macam perkataan yang 'manis' didengar keluar... tak lari juga, kata- kata lucah keluar, lepas tu dilemparkan kepada orang yang dah di 'aim' utk marah tu... dalam masa yang sama, dan secara tak langsungnya bila kita marah lepastu keluar kata- kata yang tak elok dilemparkan pada seseorang, boleh dikategorikan kita menghina... dah la, marah, dah hilang pahala, hina lagi, alamak, hilang lagi pahala... semua tu merugikan... pernah dengar hadis ni?


Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu?” Lalu jawab sahabat: “Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta.” Lantas Baginda s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadith Riwayat Muslim)

ok, yang kedua, sedih...sabar ni terbahagi kepada dua, sabar dalam bentuk fizikal.. contoh, penyakit.. dan satu lagi sabar dalam bentuk rohani, sesuatu ujian yang tak nampak.. contoh, dihina, kehilangan,kaya, dsb.. tak salah nak bersedih, nak menangis bila ditimpa ujian... tp itulah yang Allah nak, bila sedih, jangan cari facebook dulu, jangan cari twitter dulu, jangan cari Blog dulu, jangan whatsapp kawan dulu, tapi cari Allah.. cerita padaNya walaupun Dia dah tahu segalanya, tapi Allah suka bila hambanya bergantung harap padaNya.. bila ada masalah cari Allah, sbb dalam Al Quran dah disebut dalam surah Al- An'am ayat 17 "Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.." dan aku ada terjumpa satu ayat daripada ulama' sufi dalam Majalah Solusi "Makhluk yang meminta pertolongan kepada makhluk samalah seperti banduan yang terpenjara meminta pertolongan kepada banduan yang juga sedang terpenjara" 

bila diri sendiri dah diuji, jujur, susah untuk sabar... sbb ganjaran bagi org yang bersabar itu syurga.. tak mustahil kena rasa keperitan dulu baru dapat rasa kemanisan syurga.. sedangkan Nabi pesan pada keluarga Yasir yang diseksa, "sabarlah keluarga Yasir, bagimu syurga.." keluarga Yasir diseksa sehingga mati..tapi Allah bagi syurga buat mereka.. sama mcm kisah Fatimah anak Nabi Muhammad saw, mengadu kepada Nabi meminta seorang pembantu rumah kerana penat melakukan kerja rumah.. kerana risau tentang kesabaran anaknya, beliau mengajarkan anaknya berzikir 'subhanallah', 'alhamdulillah' dan 'Allahuakbar' sebanyak 33 kali sebelum tidur.. dan Saidatina Fatimah akhirnya dapat melakukan kerja rumah sendirian tanpa bantuan pembantu rumah.. kita boleh tgk kan, mengadu sikit tu je pada manusia, seolah- olah hilang kesabaran... imbau balik berapa kali je kita pernah bersabar, sedangkan sabar tu melibatkan iman, dalam hadis dah sebut, "sabar itu sebahagian daripada iman.."... manakah tahap iman kita.. Astaghfirullahalazim...

So, apapun dugaan ataupun ujian dari Allah sabarlah sampai ketahap paling tinggi, sbb Allah tidak akan menguji hambanya melainkan dengan kesanggupannya sendiri.. dan jika diuji dengan nikmat, jangan lupa bersyukur...dan jangan pernah bangga dan kufur nikmat... tak pe, try and error, we can do it.. surah Az-Zumar ayat 10, "sesungguhnya orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala meraka dengan tidak terkira.." 

Assobrun Jameel :) 
Sabar Itu Indah


baru nak tekan publish, blackout la pulak.. sabar... hehe


0 comment(s)


Disclaimer



Hidup ini tidak akan pernah sunyi andai kita tersenyum melihat tujuh warna pelangi menerangi dada awan di langit tuhan ^^


Diary and Story
Let's know about owner
Let's exchange link


Taggie Board


Credits

Editor :
Mimi Mimot