| Follow || Dashboard |
//Pelangi Hati
Rasakanlah Rasa Ini
Wednesday, May 1, 2013 • 11:18 AM • 0 comments

Bismilliahirahmanirahim.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih..

Lama tak  update, sat nak buang sawang sat.. sibuk sangat buat kerja la ni, tak cukup tangan, terpaksa slow kan aktiviti menjual Metal Fortis untuk sementara waktu.. apatah lagi blog mmg terpaksa tolak tepi awal- awal dan menganak tirikan beliau... tapi alhamdulillah lah, even slow ada jugak customer yang mencari...
so, malam ni nak luangkan masa untuk cerita satu cerita.. Rasalah Rasa Ini... yes, exactly.. this feeling.. yes, this feeling lah...

Rasakanlah dua rasa yang berbeza ni, dimana kita boleh rasa kita masih berpijak dibumi yang nyata ataupun tak... sebagai seorang wanita, aku punya 9 nafsu dan hanya dikawal 1 akal sahaja... thats why, ramai rata- rata kata perempuan tak sepanjang akal lelaki, dan sebab itu wanita memerlukan teman untuk menyempurnakan kelemahannya.. tapi macam mana pun aku bersyukur menjadi seorang wanita kerana Allah wujudkan 1 sifat malu yang tinggi dalam diri seorang wanita yang menutup 9 nafsu yang dimiliki..

Aku nak share rasa yang aku rasa ni pada semua orang... especially, 'wanita'.. Aku bukan dari kecil bertudung labuh, tp alhamdulillah mungkin disebabkan ilmu agama yang ayah mama beri serba sedikit aku mampu sekarang... aku seorang perempuan yang tak lari dari fitrah seorang perempuan, suka pada kecantikan, so, dulu aku memang suka fesyen- fesyen yang latest la.. so,dulu banyak kali try and error semua fesyen tudung... tapi seriously, setiap jenis tudung yang aku pakai, punya rasa yang berlainan.. seriously... tak tipu... mula- mula memang tak rasa, mane taknye kejahilan menguasai diri.. hehe.. tapi sejak belajar pakai tudung labuh bila kluaq jalan- jalan seriously aku rasa lain..

ok meh aku cerita, pakaian yang kebiasaan aku pakai dulu, just tudung bawal bidang 45, T shirt lengan panjang and jeans... kalau keluar bejalan orang pandang pun biasa, kalau yang gatal- gatal nak mengurat pun tak berapa nak takut, kalau jalan sorang- sorang kat tempat tak berapa nak sibuk tetap ada rasa tak selamat bila ada orang follow belakang.. tapi beza bila aku pakai tudung labuh.. pernah sekali aku dengan kawan baik pergi ternak lemak sat kat mall, aku mintak pergi makan KFC je dia nak gak lepak kat mall, so, ikut jela..time tu baru habis interview, so pakai mcm biasalah, jubah and tudung labuh.. jalan- jalan kat mall makan, pastu window shopping sat, pastu balik lah.. time tu rasa seolah- olah orang pandang kita orang hormat kita.. tak kesah muslim or non muslim.. orang nak ngorat pun tak berani, gaya mcm dah kawen, haha.. mane taknye aku p mane- mane orang panggil aku 'kakak'... selalu waktu kerja aku pakai baju kurung and tudung bawal biasa, tp pakai inner tudung la, sbb tak nak org tak selesa bekerja dgn aku.. sepatutnya aku buat dek jela orang tu selesa ke tidak.. tapi tu lah, iman tak cukup kuat.. huargghh.. asalkan menutup aurat, sempurna.. so, kadang- kadang kene keluar hantar dokumen or pergi bank utk urusan- urusan tertentu.. so, bila keluar berpakaian mcm tu, even masih menutup aurat tapi rasa biasa.. tp bila waktu- waktu lain aku biasa pakai jubah dgn tudung labuh... sbb tu jelah baju segera yang senang capai dan pakai.. bila pakai mcm tu keluar, satu feel yang lain aku rasa.. feel yang susah nak ungkap mcm mana..

buat yang baru nak try test tudung labuh, seriously, pakailah.. mmg best ada feeling mcm tu.. senang, lepas pakai kalau tak kotor boleh gantung balik, esok- esok pakai balik.. sbb tu aku suka pakai tudung labuh.. sebab aku akan gosok semua tudung- tudung labuh and jubah, selagi tak kotor and tak busuk jubah and tudung labuh tu aku akan gantung balik, so, kalau nak keluar lain kali sekejap je siap, sarung je.. tapi kalau dah sehari suntuk keluar dengan jubah tu, balik hang nak gantung balik, melampau ler, pengotoq namanya.. haha..tapi kalau rasa takut tak istiqomah, dgr nasihat aku ni, tujuan kita 'tutup aurat dgn sempurna..' dalam quran tak de spesifikkan tudung labuh baru menutup aurat.. tudung labuh ni mcm satu pakaian yang confirm tanpa ragu- ragu menutup aurat dan ianya penghias utk satu imej islam.. kalau rasa tak istiqomah, its ok, cuba je, harini pakai tdung labuh esok pakai tudung biasa.. asalkan satu, menutup aurat.. tu je..  tok sah pikir orang kata apa, sbb Allah tahu niat dalam hati kita... why not cuba je, ni jihad ape.. kan..? kalau rasa nak bantuan aku jahitkan tudung labuh, masyaAllah, aku akan bantu dengan tangan terbuka.. FOC lagi.. nak? hehe..


so, lets try... jangan pernah takut kalau tak cuba, mcm mana nak rasa sesuatu kemanisan kalau tak rasa dulu kepahitan? doa aku mengiri kalian kerana aku juga tak tahu apakah takdirku pada hari esok, mungkinkah pada jalan ini? jadi hanya padaNya kita bergantung harap.. insyaAllah.. kalian boleh ..!

0 comment(s)


Disclaimer



Hidup ini tidak akan pernah sunyi andai kita tersenyum melihat tujuh warna pelangi menerangi dada awan di langit tuhan ^^


Diary and Story
Let's know about owner
Let's exchange link


Taggie Board


Credits

Editor :
Mimi Mimot