| Follow || Dashboard |
//Pelangi Hati
Jika Dia Menyapa Jodohkah Namanya?
Tuesday, June 11, 2013 • 10:12 AM • 0 comments

Bismilillahirahmanirahim...

Normal kah dengan seusia ni berbicara soal cinta..? jawapan aku, ya, layak... sebab cinta itu perlu dalam hidup.... tanpa cinta mana datangnya ketenangan? tanpa cinta mana datangnya kebahagiaan.. cinta itu nikmat.. cinta itu juga fitrah... cinta tak pernah kotor, malah suci sesuci sucinya.. bahkan manusia sendiri yang mengotorkan istilah cinta itu sendiri... bagi aku, tanpa cinta dan belas kasihan dari Allah, tak wujud istilah ketenangan dalam hati kita.. bagi aku, tanpa cinta Rasulullah pada umatnya, tak wujud sistem kehidupan yang harmoni... bagi aku, tanpa cinta ibu bapa, tak wujud aku kat atas kerusi ni.. dan bagi aku, tanpa cinta sesama manusia, tak akan wujud kasih sayang dalam berukhuwah.. agak terkilan bila ada segelintir manusia kata cinta itu merosakkan, kalau boleh aku berdepan dgn segelintir manusia mcm ni, nak je cakap direct, "hang ni cuba dok pikiaq luas sikit.. cinta tu umum kot.. tok sah lah cakap cinta tu merosakkan, cinta tu anugerah Allah kut.. setan tu haa yg dok rosakkan cinta tu..." haa..pandang setan tu.. hahaha..

semenjak dua ni, kalut bukan main melanda diri ni.. tiap kali bukak laptop nak buat kerja je, ada je yang tak kena, last- last satu ape pun tak jadi... mula lah hati salahkan orang lain yang dok sampaikan berita ketelinga aku.. mulalah hati dok buat spekulasi sendiri... aku cuba untuk tarik nafas dan lepas.. ok, berfikirlah secara tenang wahai diri.. dan aku teringat pada buletin Ad-duat yang dikeluarkan oleh organisasi sumur samttar 2012, teringat aku pada isi- isi buletin tu, penuh dengan ilmu, walaupun nipis tak setebal novel "sebenarnya saya isteri dia." (sorry, aku tak layan ok novel- novel ni), dalam buletin tu ada satu part pasal cinta... 'cinta sebelum nikah' katanya tak salah bercinta sebelum nikah, dan dia sangat tak bersetuju bila ada yang mengatakan tak boleh bercinta sebelum nikah... dan aku pun setuju dengan pendapat dia.. kecuali bagi yang tak mengerti apa itu maksud cinta yang sebenar... cinta bukan maksudnya couple atau berpasangan berdua- duaan, cinta bukan melafazkan kata rindu pada yg bukan haknya, cinta bukan gayut- gayut berjam- jam dgn lunak suara yang manja dan berbicara tentang perkara yang tak dak pekdahnya, cinta tak perlu dilafazkan, tapi perlu dizahirkan... macam mana nak zahirkan rasa cinta kalau belum nikah? lagu ni aku habaq hang.. cinta sebenar itu yang 'membawa ke syurga', hadirnya dari Allah, dan pulangkanlah kepada Allah semula..

jadinya cinta itu tak perlu dilafazkan, "saya cinta awk.." walaupun diselitkan dgn tazkirah- tazkirah... cukup dgn sepatah perkataan itu boleh membuka selebar- lebar jalan menuju ke neraka.. bukan ke syurga... bahkan buktikan dengan zahir, bagi lelaki, jumpa mak ayahnya, bagi perempuan hantarkan wakilnya...itu tanda cinta sebenar... "tapi saya belajar lagi, tak kan nak kahwin.." ok, cuba listkan pro and conts berkahwin dan bercouple, kalau bercouple ketika belajar, bila rasa rindu pada orang tu, boleh dekat pula pada zina hati.. terang- terang zina hati tu mengundang dosa, "janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang buruk" (Al- Israk : 32) tapi kalau dalam keadaan halal, merindui si dia tak jadi satu masalah... ingatlah dosalah yang menyekat ilmu itu masuk kedalam hati dan fikiran kita.. kalau rezeki menjadi penghalang buat pernikahan, ingatlah surah Talaq : 3-2.. "sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar dari kesusahan dan memberi rezeki dari jalan yang tak disangka- sangka.."  ingatlah, perkahwinan itu satu ibadah..

cinta sebelum kahwin itu boleh... asalkan dengan tuntunilah dengan syara', utuhkan niat cinta Allah terlebih dahulu, bawa dia ke syurga.. itu dia cinta.. setting minda bahawa definisi cinta adalah "ingin masuk syurga bersamanya.." bukan cinta kalau bersamanya ke neraka... tapi itu nafsu..

aku tertarik pada satu petikan dalam buletin Adduat ni, "Ustaz, boleh ke kata cinta pada tunang kita..?" jawapannya, "boleh, tapi kena benar- benar dengan cinta yang betul la. bukan main- main.." selanjutnya, "maka aku terjemahkan 'benar- benar cinta yang betul' itu adalah apabila ia dipandu keimanan diatas syara' dan kena pada keadaan serta keperluan pengucapan itu. bukan diucap atas dasar nafsu atau semata- mata kerana rindu, atau kerana ingin bermanja- manjaan.." bila aku baca part ni, tiba- tiba aku rasa, ok, aku dah faham... nak bercinta ada flow nya, ada caranya nak menzahirkannya... mcm pernah aku tgk masa ceramah soal jodoh kat TV indonesia, katanya, mulakan dgn ta'aruf, dilanjutkan dgn khitbah, dan seterusnya nikah... itulah flow bercinta yang sebenar... ok, aku explain macam mana nak ta'aruf, bukan direct, tapi bertanya pada orang yang rapat dengannya.. kalau lelaki, tanyalah abang atau bapanya, kalau perempuan tanyalah pada ibu atau kakaknya.. islam itu syumul, lengkap, tak menyusahkan, tak membebankan, hanya kita yang demand sbb turut kata nafsu, sedangkan lupa bahwa kita bernafas atas nikmatNya, anggota bergerak atas izinNya, amal tak banyak, tapi banyak pula yang diminta, bila yang disuruh ada saja alasannya, malulah terlalu banyak meminta tapi sikit memberi...

cinta itu suci dan bersih, maka perliharalah kesucian cinta itu.. bersabar, sesungguhnya Allah bersama orang- orang yang sabar... janji Allah itu benar, teruskan bersabar... Allah sentiasa ada disisi siap sedia mendengar masalah hati masing- masing... Allah Maha Mendengar.. percayalah... :)


Alhamdulillah, akhirnya aku mampu menaip dengan baik tanpa simpan didalam draft... petanda, hati aku dah lapang... kuncinya cuma satu,pejammata, tarik nafas (sebut Allah dalam hati) dan lepas, fikirlah secara tenang dan matang...
Ma'asalamah...






0 comment(s)


Disclaimer



Hidup ini tidak akan pernah sunyi andai kita tersenyum melihat tujuh warna pelangi menerangi dada awan di langit tuhan ^^


Diary and Story
Let's know about owner
Let's exchange link


Taggie Board


Credits

Editor :
Mimi Mimot