| Follow || Dashboard |
//Pelangi Hati
Judgement, presumption and so on...
Monday, June 17, 2013 • 8:10 PM • 0 comments

Assalamualaikum...
Dimulakan dengan Bismillahirahmanirahim...

Sebelum ni dah bertekad dah nak update... tapi selalu tak de masa, tak cukup masa, kerja terasa tak berpenghujung.. aiceh.. dan sebab itulah jugak, agak slow sikit bisnes, kalau ada permintaan pun kene minta timbang rasa lambat sikit... Alhamdulillah, customer aku semua baik- baik belaka ya.. hehe.. Tapi pagi ni, sebelum buka kestressan semula, aku cuba curi masa update blog sbb dah bertekad sebelum hari sekian sekian aku tak kire aku nak update jugak... ok, berbalik pada tajuk kita harini... ada siapa- siapa lagi nak bukak tajuk baru.. hehe

sebelum buka bicara, jom renungkan nasihat cinta dariNya daripada Surah AlHujarat : 12

"wahai orang yang beriman! jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (agar kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa,  dan janganlah kamu mengintip atau mencari- cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorg daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu patuhilah larangan- larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani." (Al Hujarat: 12) 

bersangka yang dimaksudkan kat sini adalah sangkaan yang menjerumus kepada dosa.. tak lagi dan tak bukan berburuk sangkalah jawapannya.. sepanjang pengalaman hidup yg tak berapa lama ni, bersangka buruk tak membawa satu pun kesan positif pada diri kita.. sebagai contoh, kita sedang bermasalah dgn seorang kawan, Alhamdulillah la, masalah itu berlaku secara senyap- senyap belaka... seolah- olah perang saraf.. tak memerlukan sebarang senjata, ataupun segala seni mempertahankan diri... tak juga memerlukan ayat- ayat yg menyakitkan hati, cukup sekadar kata- kata yang boleh membuat kita bersangka- sangka tentang dia... boleh jadi sangkaan itu baik, boleh jadi sangkaan itu buruk, boleh jadi menyangka dia bersangka buruk tentang kita.. kalau sangkaan itu buruk, mula akan timbul perasaan tak sedap pada kawan tersebut... nak buat baik kat dia pun semuanya akan terganggu... kalau menyangka dia bersangka buruk tentang kita pula, secara autometiknya bila ada prasangka yang mcm ni, boleh mendatang perasaan down terhadap diri sendiri... bila nak berhadapan dgn kawan tersebut pun mula lah macam- macam perasaan timbul, terasa malu, terasa hina, terasa tak diperlukan semua ada... kan? semuanya negatif belaka..  

itu cuma bayangan kasar kesan negatifnya bila bersangka buruk... pernah dengar tak satu ayat ni, 'bila kita bersangka buruk tentang seseorang, keburukan yang disangka itulah yang wujud dalam diri kita...' mula- mula terjumpa orang cakap mcm ni, terasa mcm paku menusuk ke dada... tapi bila difikirkan balik, betullah, sbb kita tak punya kuasa berburuk sangka tentang seseorang, boleh jadi satu hari akan datang, orang yang disangka buruk tu jadi lebih baik dari kita.. kan Allah yang membolak balikkan hati manusia.. sentiasa bersangka baiklah, insyaALLAH harmoni hidup kita, terasa aman sentosa.. kerana iman seseorang terletak pada hati, bukan pada luaran... jadi bukan kerja kita mengukur tahap iman seseorang.. 

bertambah buruk, bila dah pula bersangka buruk, dijaja pula sekeliling kampung... berdouble- double dosa dapat... "dan janganlah kamu mengintip atau mencari- cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorg daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) " jadi jalan penyelesaian, bersangka baik dengan semua orang, insyaALLAH, hati tak sakit, mulut pun tak akan keluar kata- kata yang berunsurkan umpatan.. benar ataupun salah sangkaan kita, bukan kerja kita mengukur baik buruk seseorang... kalaupun memang terzahir keburukan dia, cukuplah doakan, tak perlu dijaja ke jiran tetangga.. 

Husnudzon (berbaik sangka) itu adalah akhlak mulia.... malah su'udzon (berburuk sangka) adalah perkara yang dikeji... jom audit diri.. 



Jika Manis, Allah mengajarku erti syukur, 
Jika pahit, Allah mengajarku erti sabar,
Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal,
Bila cemas, Allah mengajarku erti raja' (mengharap)
Jika sedikit, Allah mengajarku erti qanaah (berpada- pada) 

                                                                                                      (Ustaz Pahrol Mohd Juoi)








0 comment(s)


Disclaimer



Hidup ini tidak akan pernah sunyi andai kita tersenyum melihat tujuh warna pelangi menerangi dada awan di langit tuhan ^^


Diary and Story
Let's know about owner
Let's exchange link


Taggie Board


Credits

Editor :
Mimi Mimot