| Follow || Dashboard |
//Pelangi Hati
Travelog Medan #Day1
Friday, June 7, 2013 • 8:24 AM • 0 comments

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah.. mood yang melayang sudah kembali pulih.. kejap je kan.. haha.. ok, disebabkan sebelum ke Medan, ada banyak la buat blogwalking tgk cerita- cerita mereka ke Medan... masing- masing ada yang pergi ke tempat yang berlainan.. tujuan blogwalking atas sebab nak tau bayangan kat sana mcm mana, so boleh get ready jiwa dan raga terlabih awal dulu ye.. so, kali ni, for the first time nak buat Travelog Medan 4 Days 3 Night supaya nanti kawan- kawan yang nak pergi bercuti atau travel ke Medan serba sedikit boleh dapat maklumat yang serba sikit dari sini.. and nanti- nanti dah tua boleh tersemat cerita utk diceritakan pada anak cucu.. "cu.. dulu kan, nenek pernah pegi medan ni cu.." haha.. ok, kembali pada tajuk asal kita ya..

kalau nak dapat travel yang murah dan sangatlah berbaloi, carilah Travel Agency yang berdaftar utk dapatkan percutian yang mudah, cukup makan, cukup tempat tinggal, selamat balik, selamat pulang.. mcm yang aku pergi ni under Travel Agency PT Lovely Holidays.. kira- kira dalam RM500 utk seorang/ dewasa siap hotel 4 bintang, cukup makan pagi, tengah hari sampailah malam, dan bas utk kemana- mana yang anda suka.. ngak perlu pake angkut ya... ngak perlu.. ngak perlu..haha... pasal flight tu aku rasa kene confirmkan dgn agency tu, misalnya lah kalau nak naik Malaysia Airlines, sbb depa cuma aturkan utk flight Air Asia dan Malindo.. pasal flight ni tak amek tau, sbb semua dah diaturkan dgn kakak, cuma bawak diri, bawak bag, pegi airport dapat tiket.. sampai sana dalam pukul 11.00 pagi waktu tempatan.. sampai sana terus bertolak ke Parapat..

Nila pemandu pelancong kami.. Namanya Pak Anwar.. memang best jalan dgn dia, seriously, suka nyanyi- nyanyi dalam bas, buat lawak dalam bas, tak bosan la.. 

Sebelum perjalanan ke Parapat, kami singgah ke kedai jual batik indonesia and jual telekung.. disarankan utk pengunjung yang pertama kali ke Indonesia, study dulu matawang diorang and bandingkan dgn harga Malaysia..yela, kalau nak shopping pun mestilah kita nak dapatkan harga murah dari Malaysia kan, kalau x baik beli kat Malaysia je, ye dok? and sebab lain, kadang depa ni bila cakap kat kita, "telekung ni harga RM60" tup tup nanti bila nak bayar rupee dia kate rp 300 000..

ni antara salah satu kedai batik yang kami pergi... yang ni pun mahai gak la tempatnya.. so, cakap je kat pemandu pelancong tu suruh dia bawak ke kedai batik yang murah giler..

haa... antara bestnya kat Medan ni masakan Minang depa.. mmg kena dgn selera orang melayu.. so, kalau nak cari tempat makan Minang yang best boleh cari restoran ni..


haa.. ni ha, Restoran Simpang Tiga... 

Actually,  banyak lagi kedai masakan minang yang sedap yang kami pergi, tapi disebabkan sampai sana bukak kamera, bett betul paras nyawa ikang.. so, gambar- gambar yang ada adalah budi baik hengpong je.. and dari kamera member jugak, mana tak nya, hengpong aku kalau sampai masa dia penat 'hang' la dia.. yela, aku pakai Samsung je, hang pakai iPhone.. haha.. tu bukan point dia... 

untuk ke Parapat makan masa berjam- jam.. lebih kurang 3 jam la, tu pun kalau tak singgah kemana- mana, serupa aku balik Johor dari Selangor.. mungkin disebabkan negara depa ni besaq kut... oh, lupa.. Medan ni antara negeri ke3 terbesar kat Indonesia..pertama Jakarta, kedua tak ingat, ketiga Medan... kat Medan je, depa ada lebih kurang 4 juta penduduk... 

lepas tu kami singgah ke kedai kacang yang orang sana panggil kedai Tang Tang Ting Ting Tung Tung Teng Teng.. haha.. unik sungguh... 

 ni mama, kakak, abang ipaq, dgn Fathi baru lepas borong kacang.. 


kedai ni mmg popular, international kut... tak caye ce google.. 

Cerita tu je untuk hari pertama sbb sampai parapat terus check in hotel sbb dah malam... get ready untuk hari mendatang... utk tempat- tempat lain tunggu part part akan datang... 


0 comment(s)


Disclaimer



Hidup ini tidak akan pernah sunyi andai kita tersenyum melihat tujuh warna pelangi menerangi dada awan di langit tuhan ^^


Diary and Story
Let's know about owner
Let's exchange link


Taggie Board


Credits

Editor :
Mimi Mimot