| Follow || Dashboard |
//Pelangi Hati
Travelog Medan #Day2
Saturday, June 8, 2013 • 10:50 PM • 0 comments

Bismillahirahmanirahim...

Bangun pagi dapat morning call dari reception, baru aku sedar, ohh.. rupanya aku bukan kat Malaysia.. suasana pagi kat Parapat mmg best, nyaman... ohh, lupa lagi, malam tu kami menginap di Hotel Patrajasa, Parapat.. setiap bilik kat hotel tu akan dapat view Danau Toba dr balkoni bilik.. disebabkan kami sampai hotel malam, jadi tak dapat tgk betapa cantiknya danau toba tu, so bile celik mata pagi tu baru dapat tgk mmg indah ciptaan Allah ni...

Ni lah dia Danau Toba.. view daripada Hotel Patrajasa..

Sekitar halaman hotel..

bergambar kejap, so, disarankan kepada yang dah bercadang ke Danau Toba, disarankan bett camera anda cukup, sbb tempat ni memang lawa, tak dapat ditafsirkan dgn camera hengpong walaupun camera phone anda 12Megapixel.. 

dalam pukul 8.30 pagi waktu tempatan, kami mula bertolak utk ke Pulau Samosir.. Penduduk Pulau Samosir Majoriti penduduknya kaum batak...dan sedihnya majoriti beragama Kristian, gereja merata- rata kat sana... so, nak ke Pulau samosir tu kena naik bot, kalau nak berenang nanti penat.. hehe.. antara kampung yang kami singgah adalah Kampung Ambarita, pernah dgr cerita kisah orang makan orang? haa.. kat sini lah kampung yang orang makan orang tu, so, get ready la nak kena makan.. haha 

ucapkanlah Subhanallah sebanyak banyak kali kat sini, sbb memang terlalu cantik.. (view dari atas bot)

ok, dah sampai Ambarita Village... 

Sampai kat Ambarita Village, kami terus diberi penjelasan tentang sejarah silam kaum batak toba.. bila diceritakan, diorang ni ada sistem undang- undang jugak.. kalau ada 2 orang bergaduh nanti akan dibawa bicara depan raja diorang, hukumannya keduanya kena bersihkan kampung selama seminggu.. kalau ada orang yang mencuri, nanti akan dikurung kat bawah rumah raja, dan akan dipanggil orang kampung tengok pencuri tu, so, nanti bila orang kampung kerumun kat kawasan pengurungan tu, pencuri tu akan rasa malu yang amat la, disebabkan itulah lama- lama pencuri tak de kat kampung tu.. dan bila dia jumpa pengintip dari luar ataupun orang mengintip isteri raja, hukumannya pancung, dan daging tu akan dibahagi- bahagikan.. haha.. nasiblah... 

Tapi bila difikirkan, dalam undang- undang mereka ni, adalah 5% undang- undang islam.. tapi ni mmg terpesong habis..ok, tengok ya, kalau orang mencuri, akan dipotong tangan, dan bila hukuman nak dijalankan orang ramai diwajibkan tengok... tgk macam kat kampung tu, tu baru kena kurung orang dah x berani mencuri, apetah lagi potong tangan kan? sbb orang yang tgk akan ambil pengajaran.. tapi bila diikutkan logik, bila kene kurung tu, sampai masa dilepaskan, tak mustahil pencuri tu bila pergi ke kawasan lain akan mencuri, melainkan bila potong tgn, tgk tangan dah takde, mood nak mencuri pun tak de kan.. haha.. memandai dah pulak aku ni.. kan aku kate tadi refer pada logik akal.. dalam hati aku mula lah terdetik, mungkin kalau diorang ni faham ajaran islam tu betul- betul diorang akan nampak, Islam itu lebih indah.. 

Rumah Tradisional kaum batak 

ni lah dia rumah raja.. 

Ni tempat pengurungan orang yang ditangkap mencuri... tapi, kalau aku yang terkurung dalam tu, kejap je aku boleh keluar..haha




antara laluan di kampung ambarita

Nak dinasihatkan kat sini, study dulu matawang indonesia dan bandingkan dgn pertukaran duit malaysia.. sbb penjual- penjual souvenir kat sini ada yang tak jujur dalam berniaga.. lagi satu, jangan berjalan sorang- sorang kat kawasan ni, at least dalam berkumpulan, takut nanti ada yang ditarik dan dipaksa beli barang diorang, sbb ada kes seorang budak ni sorang- sorang, dia tanya harga barang tu berapa, dan dia dah deal dah beli barang tu, tp barang yang dibeli mmg harganya murah, pada masa yang sama dia cuma ada duit besar, jd dia bagi duit besar lah kat auntie tu, tiba- tiba, auntie tu taknak bagi baki, lepas tu barang pun dia tak nak bagi, dia paksa budak tu beli barang lain.. so, kalau ada ramai- ramai mungkin makcik tu tak berani nak buat mcm tu.. apa- apa pun hati- hati kalau nak beli barang kat sini... 

time ni mama tgh leka tgk barang, lepas tu pulak orang tu dok pujuk- pujuk beli, tunggu mama kat situ, makcik kedai sebelah pulak tarik- tarik aku, agak tak selesa keadaan memaksa time tu, so, nampak ada sekumpulan orang Malaysia, so, aku follow je diorang, jadi mereka singgah kat satu kedai yang agak tak memaksa sangat la, sempat lah ambil gambar ni untuk anda... dinasihatkan pergi beramai- ramai ya..

Demonstrasi adat pemancungan dijalankan... 

lepas tu kami singgah ke Tomok Village, lebih kurang je mcm Ambarita Village ni, so, tak payah gambar ye.. 
dan kami teruskan perjalanan ke Brastagi.. sempat singgah ke Simarjarunjung untuk rasa minuman orang batak ni, bukan air tuak ya, tapi teh campuran herba..

ni lah antara restoran yang jual air teh herba tu..

disebabkan aku tak masuk pun restoran tu, and tak tahu pun apa rasa teh tu, sempat dapat nikmati pemandangan depan restoran ni, dengan angin sepoi- sepoi bahasa... 

dan kami teruskan perjalanan ke Brastagi dan sempat singgah di Sipiso- piso waterfall, ni lah tempat faveret aku, sbb pemandangan teramat lawa, anginnya teramat kuat, mmg best seriously tak tipu..

 Ni lah Sipiso- piso waterfall... 

kat sini pun dapat tengok view Danau Toba dari bahagian utara.. banyak- banyak tempat pergi, ni tempat paling best, sbb memang lawa subhanallah tak tau nak explain mcm mane dah.. 

Dan kami teruskan perjalanan ke Brastagi lagi... sempat jugak singgah kat pasar buah... disebabkan area Brastagi mereka lebih kepada pertanian, banyak tanaman kat sana, mcm buah oren, kobis, Buah Markisa, Jagung, Kopi, padi, banyak lagi lah.. mungkin kat sana kawasan tanah gunung berapi, jadi tanaman pun subur- subur belaka.. 

Ni antara salah satu gerai buah yang kami singgah.. mcm- mcm jenis buah ada.. kalau ada isteri2 yang mengidam nak buah pelik- pelik yang kalau kat Malaysia mahal, beli lah kat sini, murah lah jugak.. mcm buah  delima kat sini sekilo rp70 000 je, bersamaan RM 22..kalau kat Malaysia, sebiji je dah hampir berbelas ringgit..

ok, dan kami teruskan perjalanan ke Danau Toba Cottage, Brastagi utk bermalam... jumpa lagi tempat menarik utk part akan datang... sabaq na...










0 comment(s)


Disclaimer



Hidup ini tidak akan pernah sunyi andai kita tersenyum melihat tujuh warna pelangi menerangi dada awan di langit tuhan ^^


Diary and Story
Let's know about owner
Let's exchange link


Taggie Board


Credits

Editor :
Mimi Mimot