Wahai Sang Sempurna
Wednesday, June 26, 2013 • 8:20 AM • 0 comments
Ya Allah... mungkinkah aku dahagakan kasih sayang hambaMu? Wahai tuhan yang Maha Indah perhiasannya, mungkinkah aku terlalu fikirkan bagaimana atur cara hidupku? adakah aku terlalu fikirkan bahgia hidup ini.. Ya Allah, mungkin aku tersungkur untuk sekian kali.. Ya Allah, bangunkan aku semula dgn rahmatMu... Wahai yang Maha Pengasih, sambutlah aku semula dgn kasih sayangMu.. wahai tuhan yang Maha perkasa, jangan tinggalkan aku sekali lagi... jgn biarkan aku sendirian lagi, Wahai Tuhan yang Maha Perkasa, bantulah aku untuk bangun semula...aku tahu cinta itu fitrah... aku tahu ini anugerahMu... aku tahu, cinta ini dariMu, tapi kau tuntunilah dgn syariat... aku minta bantuanMu Ya Allah kerana aku tak mampu menjalaninya sendirian tanpa bantuan Mu... Wahai TuhanKu yang Maha Indah, dengan kasihMu, dengan rahmatMu, dengan cahayaMu, jagalah hati ini, tuntunilah langkah ini, perliharakanlah lidah ini..jangan biarkan aku tersungkur lagi, izinkan aku persembahkan cinta ini hanya padaMu, dan biarkanlah aku sandarkannya pada insan yang sebenar... jika ianya sia- sia, jauhkanlah dariku Ya Tuhan... Jika ini jawapan dari doaku, permudahkanlah.. Wahai Tuhanku, tingkatkanlah kesabaranku menanti saat itu, biarlah cinta ini hanya buatMu, biarlah rindu ini aku sandarkan buat Nabi Muhammad yang amat aku rindui... aku merindukan RasulMu, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad yang tercinta... Wahai Yang Maha Lembut, berlembutlah denganku... tingkatlah imanku.. kuatkanlah akidahku... tetapkan hatiku pada agamaMu.. Ya Rabb, lihatlah aku pada saat ini, lihatlah aku dengan kasih sayangMu, jangan biarkan aku Ya Allah, aku tak mampu hidup tanpaMu Ya Rabb... sambutlah aku semula, bimbinglah langkahku, damaikan hatiku... tiada cinta yang patut aku tautkan melainkan padaMu... Ya Rabb, bantulah aku...
solatku sering tidak sempurna,
khusyukku sering goyah,
zikirku kadang aku lupa,
ikhtilatku kadang aku tak jaga,
auratku terkadang juga terzahir tanpa ku sedar,
lidahku sering juga berkata kosong,
hatiku juga sering tertaut pada cinta dunia,
langkahku juga sering tersungkur,
Maafkanlah segala khilaf yang aku sengaja ataupun yang tidak disengajakan,
Radhailah hidupku...
limpahkanlah rahmatMu...
sinarkanlah cahayaMu..
hati ini masih merindui Muhammad..
hati ini masih mencintaimu Allah...
hati ini masih bergantung harap pada sang sempurna..
tuntunilah langkah ini...
0 comment(s)
Disclaimer
Hidup ini tidak akan pernah sunyi andai kita tersenyum melihat tujuh warna pelangi menerangi dada awan di langit tuhan ^^
Taggie Board
Credits
Editor : Mimi Mimot