Anak Itu Anugerah, Anak Itu Amanah..
Saturday, July 27, 2013 • 11:08 AM • 0 comments
Bismillahirahmanirahim..
cehh,.. tajuk macam dah berumah tangga pula.. hehe.. sebenarnya bukan apa, minggu lepas dapat berpeluang berbuka puasa dengan anak- anak yatim kat satu rumah anak yatim yang sangat aku kagum didikan yg terhasil pada anak yatim tu.. Alhamdulillah, Allah tunaikan hasrat aku berjumpa dgn mereka, tp masa tu terlalu mengejar waktu, balik kerja terus pergi rumah anak yatim, lepas maghrib terus balik, jadi tak banyak masa nak mendalami jiwa- jiwa mereka.. tp Alhamdulillah sekali lagi harini aku berkesempatan bersama mereka lagi berbuka puasa sama- sama, borak soal hidup sebahagian daripada mereka.. rezeki Allah capaikan hasrat tu.. Alhamdulillah... so, disebabkan keterujaan aku dapat bersama mereka, so, balik rumah je, siap- siap mandi, masuk bilik bukak lappy, peduli apa aku 1 pagi ke ape, aku nak update jugak.. bukan apa, aku nak update blog ni kene ade feeling yg mendalam, baru isi berguna sikit..
ada cerita untuk dijadikan pedoman,
ceritanya bermula dari sini, masa aku nak balik dari rumah anak yatim minggu lepas, masa tu pukul 8.00 malam, lepas siap solat maghrib.. ternampak sorg budak, dia sorang- sorang dalam gelap..masa tu tak jangka budak tu salah sorg anak yatim, sbb sebelum tu macam ada ternampak kelibat dua orang disebalik kereta, aku ingat dia berdua dgn mak dia ke, rupanya sorang- sorang.. terdetik hati nak tegur budak tu, "dengan siapa..?" dia kata, "sorang.." so, aku pelik ape budak ni buat tengah- tengah gelap ni, direct tanya dia sbb masa tu tempat tu berhadapan dgn tanah perkuburan, "nak kemana ni?" dia jawab, "nak ambik barang kat rumah" rumah yang dimaksudkan rumah anak yatim sambil dia tunjuk... so, disebabkan kesian, dia jalan sorang- sorang depan kubur, so, aku mencadangkan utk teman dia.. tanyalah, "nak akak temankan tak?" laju je budak tu jawab, "nak..!" .. haha.. bukan apa, kalau aku pon aku tak berani, kut- kut lain yang menegur.. hehe.. time tu tak ada masa yang panjang, tapi sambil berjalan, aku ambil kesempatan bercerita dgn budak ni, aku jangka dia ada masalah, mungkin masalah dgn kawan, ataupun dgn family... aku sempat tanya, "kat rumah ni, ada adik beradik lain ke.." air muka dia berubah, tak jawab, cuma dia bagi reaction "geleng" je.. ok.. ok.. terus tak berani nak cakap panjang..
harini pulak, aku diberi peluang untuk membantu menjadi penjaga anak yatim ke majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh PEKEMA, di Zaibar Automobile Sdn Bhd Shah Alam.. jadi pemerhati bebas ler aku rini, so, dgn peluang memerhati ni, aku terperasan budak perempuan yang aku temankan dia haritu.. aku tengok je dia dari jauh... nampak dia kena marah dgn kawan dia, masa tu dia terus berubah muka nak nangis, terus terduduk dia sorang- sorang.. dia sempat toleh pandang aku, so aku senyum sambil bagi isyarat, "meh sini.." tapi dia buat tak kesah je, dia tak nak dtg kat aku, tak pe, biar aku yang dtg kat dia, duduk sebelah dia, peluk dia... tanya dia perlahan- perlahan, "kenapa ni?" dia kata tak da kawan nak kawan dgn dia... alahai, sadisnya.. even aku tak pernah ada kat tempat dia, tapi aku boleh jangka, macam mana duduk dalam satu rumah, kawan ramai, tapi tak da satu pun peduli untuk berkawan dgn kita.. tiba- tiba terasa memahami perasaan budak ni.. so, pujuk dia, part paling sweet, dia toleh dia senyum kat aku paling lebar, terasa satu tindakan reflect aku terus peluk budak ni.. aku tak tahu, tapi aku rasa lega tgk dia senyum..tak lama lepas tu, dtg sorang budak anak yatim jugak yg lebih tua dari dia, dia suruh budak ni pergi sembahyang..
Jadi lepas budak tu ok, dia pun nak sembahyang, tinggallah aku berdua dgn budak td yang suruh budak sorg lg tu solat.. mula- mula berkenalan dulu, borak perkara lagha dulu (bukan ngumpat), hehe, then cuba tanya, "budak tadi tu, mmg tak de sape- sape nk kwn dgn dia ke?" jd budak ni jawab, "tak de.. sbb budak ni nakal sikit... ramai x suka.." ok, mula faham, dan aku cuba tanya lagi, "dia ada mak ayah?" budak ni jawab, "tak kot.. sbb polis yg hantar dia ke rumah anak yatim tu.." ohh..ok.. faham... disebabkan terasa dah part privacy, so, kitorg pun tukar topic, citer perkara lagha balik.. hehe.. masa tu budak ni dah syok borak dgn aku, dia ajak kawan- kawan borak dgn aku sekali.. mesra alam tetibe pulak ni kenape? hehe.. tiba- tiba ade sorg budak kecik dr rumah anak yatim yang sama, tanya la dia, nama siapa...dgn comel dia jawab, "ayang..." seriously, budak ni mmg comel.. manja lagi, suka peluk aku macam kakak dia sendiri.. sampai satu tahap budak ni disuruh pisah dgn aku, muka dia nak nangis... bila dibukak cerita, si ayang ni rupanya adik kepada budak tadi yang aku pujuk tu.. mmg aku tak jangka dia ada adik, sbb muka lain, lepas tu dia sendiri kata tak de adik beradik lain.. diceritakan balik dgn bebudak td, katanya maknya kat hospital tgh sakit teruk, ayahnya wallahu a'lam, akhirnya, polis hantar dia adik beradik ke rumah anak yatim ni..
based on the story, apa yang buat aku terkilan, ya, mmg takdir mereka adik beradik macam tu, tapi kalau bukan kerana salah seseorg dia tak hidup kat rumah anak yatim ni, ya, mmg dia terjaga kat situ, tapi keadaan si kakak yang dalam keadaan tekanan, tu yang membuatkan dia memberontak, tak nak dgr cakap, degil..bila ditengok balik, dia berasal dr keluarga yg bermasalah, sampaikan tak da sapa yang tahu umur dia berapa.. bila dia dah terbiasa hidup dalam keluarga macam tu, ditambah dgn mcm tu, mmg tekanan pada budak ni.. kesimpulannya, bukan salah pd rumah anak yatim, tapi kat sini, setiap ibu bapa kena faham, anak itu amanah yang Allah titipkan buat kita.. jadi kalau jadi ayah, jadilah ayah yang sebenar- benarnya buat anak, jika jadi ibu, jadilah ibu yang sebenar- benar ibu buat anak.. didik dia dgn kasih sayang, dgn ilmu, dgn nasihat, sepertimana didikan anak yg diterapkan dalam islam.. kadang- kadang disebabkan satu rumah tangga yang gagal, yang porak peranda, anak- anak menjadi mangsa keadaan.. sedih bila teringat bebudak ni, sedangkan kita hidup tanpa ayah, hidup tanpa mama, mustahil sikit rasa rindu tu tak da, mustahil tak rindu kasih sayang mama, mustahil tak rindu kasih sayang ayah... sedangkan mereka, siapa nak diharapkan? nak kena adapt dgn suasana tempat tinggal yang baru, bukan satu benda yang mudah bagi budak- budak.. sekarang kita boleh nampak mangsa pada anak... dan diletakkan tanggungjawab pada penjaga rumah anak yatim untuk membentuk anak tersebut... alhamdulillah, budak- budak tu diletak kat situ, macam mana pun susahnya mereka nak adapt suasana tu, tapi itu tempat terbaik bagi mereka bila tiada ayah yang bertanggungjwb atas mereka.. jadi, buat yang ada anak, bakal ada anak, ataupun yang merancang mempunyai anak, ingatlah, Allah hadiahkan anak itu pada kita sebagai amanah.. anak itu amanah Allah, perlihara dan jaga sebaik- baiknya.. warnai dia dgn warna yang indah.. jangan kotorkan mereka yang sememangnya suci.. Ini Amanah Allah...
buat sang suami,
Isteri itu cerminan diri,
Anak itu hasil lukisan kain putih,
Jadi, jadilah cermin yang indah pada yang melihatnya,
Jadilah pelukis yang hebat melukis lukisan yang sukar didapati dan mahal harganya..
dan jadilah hamba Allah yang terbaik..
itulah sebaik- baik ayah dalam dunia...
0 comment(s)Disclaimer
Hidup ini tidak akan pernah sunyi andai kita tersenyum melihat tujuh warna pelangi menerangi dada awan di langit tuhan ^^
Taggie Board
Credits
Editor : Mimi Mimot