| Follow || Dashboard |
//Pelangi Hati
Aku Nak Kau Yang Dulu
Sunday, December 29, 2013 • 10:34 AM • 0 comments

Bismillahirahmanirahim..

Ok Fatin, lets start... lama dah tinggal ruangan sendiri... mungkin kekurangan semakin menebal, kelebihan semakin menipis..

malam ni, potongan ayat ni bermain di fikiran, "Allah boleh tarik bila- bila masa segala kenikmatan".. dulu hidup tenang, sekarang terasa semak... semua benda serba tak menjadi.. aku terfikir kenapa aku jadi macam ni? bila dtg masalah kau tak nak cerita dgn orang, kau kata kau boleh hadapi, hakikat dalaman simpan rapi- rapi... situasi ni boleh dianggap ego kan? hisshh.. aku fikir punca dia aku jadi serabut... kadang- kadang aku terasa aku tak ada masalah pun, semuanya ok... memanglah, dah semua masalah yang datang kau ego, tak fikir dalam- dalam, fikir kau mampu buat sorang.. fikir kau buat semua betul... kadang- kadang kata- kata mazmumah yg berbisik ni selalu jugak bertekak dgn bisikan- bisikan menyalahkan diri aku balik.. perbalahan dgn diri sendiri ni buat aku pening, serabut, sbb aku rasa semuanya masih belum ok...

duduk, pandang depan, fikir luas- luas... aku teringat bulan- bulan sebelum... aku pernah kecewa, aku pernah gagal, aku pernah rasa jatuh... tapi selepas tu aku bangun, sikit- sikit aku beri yang terbaik untuk bangunkan diri sendiri... payah, tapi sekarang ni lagi payah... mungkin sebab perbezaan persekitaran, mungkin juga perbezaan permasalahan.. masa tu segala masalah yes boleh handle, but in a good way, so, hasil yg memuaskan.. sekarang, masalah buat 'in different way', tp hasilnya menyesakkan... lama- lama aku jadi faham, apa masalah aku sebenarnya, aku lupa jalan balik... ya, aku lupa jalan balik...

ingat tak pepatah masa SPIES dulu, nak kaya? rajin sedekah.. nak orang selesa dgn kita? kita kene selesa kan orang dulu.. pendek cerita, "what you give is what you get".. mula dari awal.. ingat balik rutin harian dulu- dulu, mana yg tinggal, buat balik, mana yg tak penting, masanya untuk lepaskan.. hidup hanya sekali fatin, fikirlah macam mana cara diri kau nak mati nanti, jangan fikir bila.. kau fikir bila, kau akan rasa lama lagi, hakikatnya esok kau akan mati.. kalau macam tu,macam mana nanti? sempat nak taubat? Allah terima ke nanti? buat persediaan awal..

masanya buat perubahan, ingat 3 C, (Choice,Chance, Change) Make a choice to take a chance or your life will never change.. buatlah pilihan yg terbaik sementara masih ada peluang hidup untuk berubah jadi yg lebih baik.. please fatin, runtuhkan Ego, Tingkatkan amal, Tambahkan Iman, Kuatkan Akidah.. ingat asal usul kau cuma hamba..kita nak yan

g terbaik dari Dia, jadilah hamba yang terbaik untuk Dia.. kau bukan tak layak untuk meminta, tapi kau belum memberi manakan nak dapat apa yang kau minta..kan? Fatin, kau cuma gapai rahmat & kasih sayang Dia, insyaAllah semua yg kau nak kau akan dapat, semua yang buat kau sesak, Dia akan lapangkan..buat pilihan yang terbaik fatin, jgn kerana satu benda kau nak, kau kejar tu je, kau lupa sape pemiliknya.. fikirkan lah wahai diri sendiri.. aku nak kau yang dulu..



0 comment(s)
Cerpen kesalan diri
Monday, August 5, 2013 • 8:35 PM • 0 comments

aku keluar dengan amarah hanya dek kata- kata insan yg kadangkala menyakitkan.. pedal minyak ditekan laju, kalau boleh, biarlah rasa kecewa ini pergi bersama, ini hakikat, bukan hinaan, kenapa terlalu payah untuk diterima..? dan memilih jalan yang salah..? nah... sekarang menyesal bukan? keliling membuat aku tersenyum, tapi siapakan tahu apa dalam dasar hati ini, kecewa, terpaksa, menyesal.. katanya masih terngiang di telinga ini.. aku ego, ya, itu benar.. aku lari dari kenyataan, aku lari dari kebenaran.. bila pulang, seusai solat isya', aku duduk merenung masalah sendiri, masalah yang diciptakan sendiri.. ya, pilihan aku salah, masih berpeluangkah aku memperbetulkan keadaan? tapi lebih bersalah aku padaNya kerana gagal membuat pilihan... tiap kali sujud, perasaan malu menerpa diri.. Allah.. aku datang sekali lagi dengan penuh kehinaan aku datang lagi dengan penuh rasa bersalah... malu sungguh aku berkali kali memohon keampunan, lalu aku lakukan kesilapan lagi, dan aku dtg memohon ampun lagi.. ya Allah, hamba apakah aku ini.. solat sunat banyak ditinggalkan, kini aku ingin kembali pada moments itu, tapi aku malu.. sungguh aku malu... lalu aku biarkan detik rasa itu berlalu.. duduk dan terus berfikir, apakah jalan penyelesaiannya, dan Kau mengetahui apa yang berlaku pada dasar hati ini, menyebut- nyebut namaMu, dgn penuh kesalan..

ya, aku harus minta maaf.. ya aku harus tarik diri.. ya aku harus berkorban... smartphone di atas katil ku capai, switch on, lalu ada pesanan ringkas darinya.. dia mohon maaf terlebih dahulu, terlebih awal dari aku.. msgnya buat aku terduduk lalu menangis..ya Allah, kifarah kah ini? atau peluang kah ini? aku mampu kembalikan kerumitan yang aku cipta sendiri.. tapi layakkah aku untuk terima semua itu, ahh, mudahnya kau, bila tersalah pilih, kau patah balik, kau pilih yang lain... aku cuba terus terang akan masalah yang aku cipta sendiri, yang aku telah zalimi diri sendiri dgn pilihan yang entah apa aku fikirkan bagusnya.. kalau boleh nak berhadapan dgn diri sendiri, ingin ku maki diri sendiri..

dia terima dgn dada yang lapang.. sedangkan aku lemah, penuh dgn tangisan, banjir dgn air mata... tapi dia yang memujuk aku disebabkan salah sendiri, bukan salah orang lain... dia minta ceritakan lagi, aku ceritakan semuanya, sejak bertahun yang lepas dialah yang menjadi pendengar yang terbaik... sedangkan aku tahu, cerita selanjutnya membuatkan dia kecewa... ku simpan rahsia itu demi hati orang lain, demi menjaga perasaan org lain.. tapi aku kalah dgn sesakan nafas di dada, ku luahkan semua masalah.. bukan aku tidak merujuk dahulu pada yang Esa, tp aku perlu ketenangan selepas sebahagiaanya aku lepaskan..

jawapannya tenang sahaja... buat aku tersentap, air mata yang mulanya tenang, sekali lagi deras mengalir, tak dapat ditahan lagi esakan itu, lalu aku lepaskan, dia hanya berkata tenang... jawapannya akan menyakiti hatinya sendiri... aku tak sanggup lakukan itu, dia menyokong utk keputusan yang itu, sedangkan kalau diikutkan hati, itu bukan yang diminta dari pemohonan maaf awal tadi.. aku tahu, aku kenal dia.. katanya, jika tak mampu, kembali lagi dan pilihlah pilihan terakhir.. ahh, mudahnya aku.. sekali lagi salah dan kembali ambil pilihan yang terakhir? pentingkan diri sendiri? katanya, itu pilihan dia, bukan pilihan aku, jadi aku tidak pentingkan diri sendiri.. katanya seolah memujuk, tapi desakan di dada ni semakin kuat.. ya Allah, kuatkan diri ini...

Tasbih ku capai dgn penuh rasa kecewa, kecewa dgn diri sendiri... namaNya diselangi air mata menjadi buaian tidur aku pada malam itu.. pagi ini, aku perlu ubah, segalanya aku perlu ubah, betulkan keadaan, jadikan hari ini lebih baik.. disusuli dgn harapan Ya Allah, jagalah aku..

Aidilfitri tidak bermakna lagi, Ramadhan akan meninggalkan dgn air mata, kerana aidilfitri kali ini bukanlah kemenangan untuk ku, tapi kekalahan untuk ku... moga aku kuat...


0 comment(s)
Anak Itu Anugerah, Anak Itu Amanah..
Saturday, July 27, 2013 • 11:08 AM • 0 comments

Bismillahirahmanirahim..

cehh,.. tajuk macam dah berumah tangga pula.. hehe.. sebenarnya bukan apa, minggu lepas dapat berpeluang berbuka puasa dengan anak- anak yatim kat satu rumah anak yatim yang sangat aku kagum didikan yg terhasil pada anak yatim tu.. Alhamdulillah, Allah tunaikan hasrat aku berjumpa dgn mereka, tp masa tu terlalu mengejar waktu, balik kerja terus pergi rumah anak yatim, lepas maghrib terus balik, jadi tak banyak masa nak mendalami jiwa- jiwa mereka.. tp Alhamdulillah sekali lagi harini aku berkesempatan bersama mereka lagi berbuka puasa sama- sama, borak soal hidup sebahagian daripada mereka.. rezeki Allah capaikan hasrat tu.. Alhamdulillah... so, disebabkan keterujaan aku dapat bersama mereka, so, balik rumah je, siap- siap mandi, masuk bilik bukak lappy, peduli apa aku 1 pagi ke ape, aku nak update jugak.. bukan apa, aku nak update blog ni kene ade feeling yg mendalam, baru isi berguna sikit..

ada cerita untuk dijadikan pedoman,

ceritanya bermula dari sini, masa aku nak balik dari rumah anak yatim minggu lepas, masa tu pukul 8.00 malam, lepas siap solat maghrib.. ternampak sorg budak, dia sorang- sorang dalam gelap..masa tu tak jangka budak  tu salah sorg anak yatim, sbb sebelum tu macam ada ternampak kelibat dua orang disebalik kereta, aku ingat dia berdua dgn mak dia ke, rupanya sorang- sorang.. terdetik hati nak tegur budak tu, "dengan siapa..?" dia kata, "sorang.." so, aku pelik ape budak ni buat tengah- tengah gelap ni, direct tanya dia sbb masa tu tempat tu berhadapan dgn tanah perkuburan, "nak kemana ni?" dia jawab, "nak ambik barang kat rumah" rumah yang dimaksudkan rumah anak yatim sambil dia tunjuk... so, disebabkan kesian, dia jalan sorang- sorang depan kubur, so, aku mencadangkan utk teman dia.. tanyalah, "nak akak temankan tak?" laju je budak tu jawab, "nak..!" .. haha.. bukan apa, kalau aku pon aku tak berani, kut- kut lain yang menegur.. hehe.. time tu tak ada masa yang panjang, tapi sambil berjalan, aku ambil kesempatan bercerita dgn budak ni, aku jangka dia ada masalah, mungkin masalah dgn kawan, ataupun dgn family... aku sempat tanya, "kat rumah ni, ada adik beradik lain ke.." air muka dia berubah, tak jawab, cuma dia bagi reaction "geleng" je.. ok.. ok.. terus tak berani nak cakap panjang..

harini pulak, aku diberi peluang untuk membantu menjadi penjaga anak yatim ke majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh PEKEMA, di Zaibar Automobile Sdn Bhd Shah Alam.. jadi pemerhati bebas ler aku rini, so, dgn peluang memerhati ni, aku terperasan budak perempuan yang aku temankan dia haritu.. aku tengok je dia dari jauh... nampak dia kena marah dgn kawan dia, masa tu dia terus berubah muka nak nangis, terus terduduk dia sorang- sorang.. dia sempat toleh pandang aku, so aku senyum sambil bagi isyarat, "meh sini.." tapi dia buat tak kesah je, dia tak nak dtg kat aku, tak pe, biar aku yang dtg kat dia, duduk sebelah dia, peluk dia... tanya dia perlahan- perlahan, "kenapa ni?" dia kata tak da kawan nak kawan dgn dia... alahai, sadisnya.. even aku tak pernah ada kat tempat dia, tapi aku boleh jangka, macam mana duduk dalam satu rumah, kawan ramai, tapi tak da satu pun peduli untuk berkawan dgn kita.. tiba- tiba terasa memahami perasaan budak ni.. so, pujuk dia, part paling sweet, dia toleh dia senyum kat aku paling lebar, terasa satu tindakan reflect aku terus peluk budak ni.. aku tak tahu, tapi aku rasa lega tgk dia senyum..tak lama lepas tu, dtg sorang budak anak yatim jugak yg lebih tua dari dia, dia suruh budak ni pergi sembahyang..

Jadi lepas budak tu ok, dia pun nak sembahyang, tinggallah aku berdua dgn budak td yang suruh budak sorg lg tu solat.. mula- mula berkenalan dulu, borak perkara lagha dulu (bukan ngumpat), hehe, then cuba tanya, "budak tadi tu, mmg tak de sape- sape nk kwn dgn dia ke?" jd budak ni jawab, "tak de.. sbb budak ni nakal sikit... ramai x suka.." ok, mula faham, dan aku cuba tanya lagi, "dia ada mak ayah?" budak ni jawab, "tak kot.. sbb polis yg hantar dia ke rumah anak yatim tu.." ohh..ok.. faham... disebabkan terasa dah part privacy, so, kitorg pun tukar topic, citer perkara lagha balik.. hehe.. masa tu budak ni dah syok borak dgn aku, dia ajak kawan- kawan borak dgn aku sekali.. mesra alam tetibe pulak ni kenape? hehe.. tiba- tiba ade sorg budak kecik dr rumah anak yatim yang sama, tanya la dia, nama siapa...dgn comel dia jawab, "ayang..." seriously, budak ni mmg comel.. manja lagi, suka peluk aku macam kakak dia sendiri.. sampai satu tahap budak ni disuruh pisah dgn aku, muka dia nak nangis... bila dibukak cerita, si ayang ni rupanya adik kepada budak tadi yang aku pujuk tu.. mmg aku tak jangka dia ada adik, sbb muka lain, lepas tu dia sendiri kata tak de adik beradik lain.. diceritakan balik dgn bebudak td, katanya maknya kat hospital tgh sakit teruk, ayahnya wallahu a'lam, akhirnya, polis hantar dia adik beradik ke rumah anak yatim ni..

based on the story, apa yang buat aku terkilan, ya, mmg takdir mereka adik beradik macam tu, tapi kalau bukan kerana salah seseorg dia tak hidup kat rumah anak yatim ni, ya, mmg dia terjaga kat situ, tapi keadaan si kakak yang dalam keadaan tekanan, tu yang membuatkan dia memberontak, tak nak dgr cakap, degil..bila ditengok balik, dia berasal dr keluarga yg bermasalah, sampaikan tak da sapa yang tahu umur dia berapa.. bila dia dah terbiasa hidup dalam keluarga macam tu, ditambah dgn mcm tu, mmg tekanan pada budak ni.. kesimpulannya, bukan salah pd rumah anak yatim, tapi kat sini, setiap ibu bapa kena faham, anak itu amanah yang Allah titipkan buat kita.. jadi kalau jadi ayah, jadilah ayah yang sebenar- benarnya buat anak, jika jadi ibu, jadilah ibu yang sebenar- benar ibu buat anak.. didik dia dgn kasih sayang, dgn ilmu, dgn nasihat, sepertimana didikan anak yg diterapkan dalam islam.. kadang- kadang disebabkan satu rumah tangga yang gagal, yang porak peranda, anak- anak menjadi mangsa keadaan.. sedih bila teringat bebudak ni, sedangkan kita hidup tanpa ayah, hidup tanpa mama, mustahil sikit rasa rindu tu tak da, mustahil tak rindu kasih sayang mama, mustahil tak rindu kasih sayang ayah... sedangkan mereka, siapa nak diharapkan? nak kena adapt dgn suasana tempat tinggal yang baru, bukan satu benda yang mudah bagi budak- budak.. sekarang kita boleh nampak mangsa pada anak... dan diletakkan tanggungjawab pada penjaga rumah anak yatim untuk membentuk anak tersebut... alhamdulillah, budak- budak tu diletak kat situ, macam mana pun susahnya mereka nak adapt suasana tu, tapi itu tempat terbaik bagi mereka bila tiada ayah yang bertanggungjwb atas mereka.. jadi, buat yang ada anak, bakal ada anak, ataupun yang merancang mempunyai anak, ingatlah, Allah hadiahkan anak itu pada kita sebagai amanah.. anak itu amanah Allah, perlihara dan jaga sebaik- baiknya.. warnai dia dgn warna yang indah.. jangan kotorkan mereka yang sememangnya suci.. Ini Amanah Allah...


buat sang suami, 

Isteri itu cerminan diri, 
Anak itu hasil lukisan kain putih, 
Jadi, jadilah cermin yang indah pada yang melihatnya, 
Jadilah pelukis yang hebat melukis lukisan yang sukar didapati dan mahal harganya..
dan jadilah hamba Allah yang terbaik..
itulah sebaik- baik ayah dalam dunia... 

0 comment(s)
Seribu Bulan, Bukan Serbu Kuih Bulan
Friday, July 26, 2013 • 3:48 PM • 0 comments

Bismillahirahmanirahim...

alhamdulillah, entry yang kedua dalam bulan ramadhan, tepuk tangan sikit.. hehe.. macam mana ibadah kita sepanjang 18 Ramadhan?Increasing?Decreasing? or Static? hehe.. kalau boleh meningkat lah hendaknya ya.. ada orang bila Ramadhan rasa gembira tak terhingga, semangatnya semakin hari semakin meningkat, dengan adanya ramadhan macam- macam dia belajar.. tapi ada jugak sesetengah, bila mula- mula puasa besemangat tapi bila penghujung tu dah lemau terhasut dek godaan kedai- kedai baju raya, kuih raya dan sebagainya.. kita kat golongan/ kelompok yang mana agaknya? banyak- banyak koreksi diri... sbb rugi kalau ramadhan berlalu macam tu je..

mungkin kita lupa, 10 malam pertama itu adalah rahmat, dan 10 malam berikutnya adalah keampunan, dan 10 malam yg terakhir adalah perlepasan dari azab api neraka.. bila 17 ramadhan ni, secara automatik teringat pada kemengan peperangan badar.. kalau kita ambil masa, tak lama, cukup dalam 15 minit, fikirkan, keteguhan iman Nabi Muhammad saw, para sahabat, dan para mujahidin islam pada masa itu mampu berperang mengangkat pedang sedangkan puasa, mampu jalan beribu batu kemedan perang, malamnya diisi dengan munajat, sedangkan kita balik kerja, balik kelas, lemau tidur tak ingat dunia.. mashaALLAH rendah sungguh dibanding dgn sahabat- sahabat nabi apatah lagi Nabi Muhammad saw itu sendiri...

Jadi, perbanyakkan ibadah pada penghujung- penghujung ramadhan, amalkan sunat dhuha sebelum ke tempat kerja, sebelum ke kelas, solat fardhu pada awal waktu, kalau rajin isi lagi dengan solat sunat rawatib, isi waktu yg ada dgn bacaan AlQuran dan ambil sedikit masa untuk tadabbur isi AlQuran, banyakkan zikir, zaman makin moden, zikir semua boleh download terus masuk dlm smartphone, so boleh dengar sambil zikir senyap- senyap kat mana pun kita berada.. jgn dalam jamban dah ler.. dan malam isi ramadhan dengan solat sunat terawih, dan cuba gagahkan diri bangun munajat pada Allah.. ini masanya mencari lailatul qadar.. yang ada hanya pada bulan Ramadhan, yang belum tentu kita akan bertemu dgnNya pada tahun hadapan..

“Barang siapa mendirikan puasa Ramadan dengan penuh keimanan dan kebaikan, maka akan 

diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu” (HR Bukhari – Muslim)

Jadilah kita golongan umat islam yang dirindui Nabi Muhammad saw.. 

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw yang dirindui... 




0 comment(s)
Ramadhan ini Dugaan
Wednesday, July 17, 2013 • 12:02 AM • 0 comments

kadang- kadang bila terlalu banyak masalah, bila duduk sekejap fikirkan mana lagi jalan aku nak pergi, mana lagi jalan aku buat, kdg- kdg kita tak terfikir pun utk beremosi, tp disebabkan terlalu byk masalah dipendam dan disimpan, air mata tu terlalu murah utk jatuh.. Tapi bila diingatkan akan ayat Allah ;-

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."  ( Al-Ankabut: 2-3) 

Dalam hadits qudsi Allah berfirman: " Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah b'bagai ujian 

padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya " ( HR Thabrani dari Abu Umamah )


Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. 
(al-Baqarah : 286)

Alhamdulillah hati yang hampir jatuh berputus asa, kembali teguh, 'Ini pasti ada hikmahnya...pasti...' kuatlah wahai hati- hati manusia yang beriman, Dia tak akan menguji tanpa sebab..teguh dalam jalanNya, kuat menghadapi mehnah yang ada.. Ini dunia, bukan syurga, ujian itu pasti ada, petanda Allah ingat pada kita, bukan dibiarkan hidup bahgia seperti Firaun dimana pengakhirannya derita di Neraka yg dijanjikan.. setiap ujian pasti ada jalan penyelesaian, kuat ya? Allah ada dengar doa- doamu.. kuat ya? Ini Ramadhan, dugaan pun lain macam, kalau sabar masyaAllah besarnya ganjaran.. kuat lah seperti sahabat- sahabat Nabi yang berperang didalam perang Badar pada bulan Ramadhan.. Orang yang bersabar orang yang hebat, disaat mampu untuk membalas kejahatan org lain, disaat mampu utk mengeluh, disaat mampu utk berputus asa, tapi masih mampu bertahan... semoga dengan ujian kita mampu bertemu manisnya Ramadhan.. 



Bersabarlah kita didunia, tak lama, jangan mengeluh.. Kelak saat kedua- dua belah kaki kita melepasi pintu syurga, kita BEREHATLAH sepuas- puasnya.. 




0 comment(s)
Ramadhan Kareem :)
Monday, July 8, 2013 • 10:12 PM • 0 comments

Bismillahirahmanirahim...

kejap, nak tarik nafas dulu... Alhamdulillah, kejap lagi hampir sampai pada bulan yang dinanti- nanti... Balighna Fi Ramadhan ya Allah...

Ramadhan Kareem... Marhaban Ya Ramadhan...


"Wahai orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan keatas orang- orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa" 

Semoga Ramadhan kali ni bermakna buat kita semua... buat persediaan untuk menyemai pahala pada bulan Ramadhan... Ramadhan bulan yang seharusnya kita gembira, bersyukur, dan sambut semeriah yang mungkin kerana diberi kesempatan untuk menikmati bulan yang penuh barakah, penuh keampunan, bulan yang ditutup pintu neraka... nak raih cinta Allah, kena ada pengorbanan, antara pengorbanannya menahan nafsu, terutama pada bulan Ramadhan.. 

Allah sayang kita, diberi pada kita 2 kegembiraan bagi hambanya yang berpuasa.. iaitu pada saatnya dia berbuka dan saatnya dia bertemu Tuhannya.. berpuasa pada bulan Ramadhan ada kegembiraan saatnya berbuka kerana pahalanya masih dicatit walaupun sudah berbuka... mashaAllah, pahala sentiasa mengalir pada bulan barakah ni.. dan kegembiraan yang kedua adalah saat bertemu Tuhannya, kerana mereka bebas masuk dimana- mana pintu syurga.. 

Tapi janganlah puasa sekadar menahan lapar dahaga... ruginya kita kalau puasa kita hanya sekadar memperolehi lapar dan dahaga semata... jadi di bulan Ramadhan ni, banyakkan amal, solat- solat sunat, banyakkan berdoa, banyak zikrullah, jaga solat, jaga lidah, jaga mata, jaga telinga, jaga aurat, banyakkan bersedekah terutama memberi makan orang yang berbuka.. besar ganjarannya.. kalau berpuasa, tapi mulut mengumpat, menfitnah, secara zahir puasa tak terbatal, tp batal puasa pada batinnya, bukan pahala berpuasa yang kita perolehi, malah hanya sekadar lapar dahaga.. Jaga- jaga dengan makanan apa kita berbuka, halal atau pun tak, dengan siapa kita berbuka, elakkan berbuka berduaan dgn yang bukan muhrim, dan makanan siapa yang kita berbuka, elakkan makan hak orang lain, takut- takut puasanya sia- sia... ingat, Ramadhan bukan bulan lapar dahaga, tapi bulan penuh keberkatan dan cinta dariNya... 

Amalkan bermaaf- maafan menjelang ramadhan, supaya ibadah kita diterima... jadi dikesempatan ni, saya mohon maaf jika ada dosa- dosa yang tergantung, diri ini tidak sempurna, penuh dengan kekurangan.. mohon maaf jika ada salah dan silap yang sengaja ataupun yang tidak disengajakan.. semoga Ramadhan kalini memberi makna yang berharga buat kita.. semoga Syawal nanti, kita menjadi hamba yang terbaik hasil tarbiah di bulan Ramadhan.. amin... 




0 comment(s)
Wahai Sang Sempurna
Wednesday, June 26, 2013 • 8:20 AM • 0 comments

Ya Allah... mungkinkah aku dahagakan kasih sayang hambaMu?  Wahai tuhan yang Maha Indah perhiasannya, mungkinkah aku terlalu fikirkan bagaimana atur cara hidupku? adakah aku terlalu fikirkan bahgia hidup ini.. Ya Allah, mungkin aku tersungkur untuk sekian kali.. Ya Allah, bangunkan aku semula dgn rahmatMu... Wahai yang Maha Pengasih, sambutlah aku semula dgn kasih sayangMu.. wahai tuhan yang Maha perkasa, jangan tinggalkan aku sekali lagi... jgn biarkan aku sendirian lagi, Wahai Tuhan yang Maha Perkasa, bantulah aku untuk bangun semula...aku tahu cinta itu fitrah... aku tahu ini anugerahMu... aku tahu, cinta ini dariMu, tapi kau tuntunilah dgn syariat... aku minta bantuanMu Ya Allah kerana aku tak mampu menjalaninya sendirian tanpa bantuan Mu... Wahai TuhanKu yang Maha Indah, dengan kasihMu, dengan rahmatMu, dengan cahayaMu, jagalah hati ini, tuntunilah langkah ini, perliharakanlah lidah ini..jangan biarkan aku tersungkur lagi, izinkan aku persembahkan cinta ini hanya padaMu, dan biarkanlah aku sandarkannya pada insan yang sebenar... jika ianya sia- sia, jauhkanlah dariku Ya Tuhan... Jika ini jawapan dari doaku, permudahkanlah.. Wahai Tuhanku, tingkatkanlah kesabaranku menanti saat itu, biarlah cinta ini hanya buatMu, biarlah rindu ini aku sandarkan buat Nabi Muhammad yang amat aku rindui... aku merindukan RasulMu, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad yang tercinta... Wahai Yang Maha Lembut, berlembutlah denganku... tingkatlah imanku.. kuatkanlah akidahku... tetapkan hatiku pada agamaMu.. Ya Rabb, lihatlah aku pada saat ini, lihatlah aku dengan kasih sayangMu, jangan biarkan aku Ya Allah, aku tak mampu hidup tanpaMu Ya Rabb... sambutlah aku semula, bimbinglah langkahku, damaikan hatiku... tiada cinta yang patut aku tautkan melainkan padaMu... Ya Rabb, bantulah aku...

solatku sering tidak sempurna,
khusyukku sering goyah,
zikirku kadang aku lupa,
ikhtilatku kadang aku tak jaga,
auratku terkadang juga terzahir tanpa ku sedar,
lidahku sering juga berkata kosong,
hatiku juga sering tertaut pada cinta dunia,
langkahku juga sering tersungkur,
Maafkanlah segala khilaf yang aku sengaja ataupun yang tidak disengajakan,
Radhailah hidupku...
limpahkanlah rahmatMu...
sinarkanlah cahayaMu..
hati ini masih merindui Muhammad..
hati ini masih mencintaimu Allah...
hati ini masih bergantung harap pada sang sempurna..
tuntunilah langkah ini... 






0 comment(s)


Disclaimer



Hidup ini tidak akan pernah sunyi andai kita tersenyum melihat tujuh warna pelangi menerangi dada awan di langit tuhan ^^


Diary and Story
Let's know about owner
Let's exchange link


Taggie Board


Credits

Editor :
Mimi Mimot